Thursday, October 01, 2015

Larang Guna Pembesar Suara Di Masjid, Selain Azan. Setuju Ke?


P/Pinang Wartakan Larangan Guna Pembesar Suara Di Masjid, Selain Azan

Keputusan larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau, kecuali untuk azan dan iqamat di Pulau Pinang, akan diwartakan tidak lama lagi.

Perkara itu dinyatakan melalui surat Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 September lalu, berhubung keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 dan 2 Julai serta disahkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang, pada 23 dan 24 Ogos lalu.



Surat yang memetik cabutan minit Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang itu menyebut, mesyuarat bersetuju Irsyad hukum yang diputuskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri bertarikh 7 April 2011, mengenai larangan membaca Al-Quran sebelum Subuh menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau, perlu ditambah baik dengan memasukkan larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau, bagi semua program seperti qiamulail, tahajud, kuliah, mesyuarat dan seumpamanya.

Penggunaan pembesar suara dalaman sahaja dibenarkan, bagi program dan aktiviti masjid serta surau. Keputusan itu dibuat selepas perbincangan beberapa isu penting, antaranya tiada kompromi bagi laungan azan di masjid dan surau.
Sejumlah 10 aduan diterima Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), berkaitan penggunaan pembesar suara di masjid dan surau dari Januari 2012 hingga Mei 2015, melibatkan pembesar suara di luar bagi bacaan dalam solat, zikir selepas solat, ceramah atau kuliah, rakaman Al-Quran atau zikir sebelum azan.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Wan Salim Mohd Noor ketika dihubungi, mengesahkan surat keputusan minit mesyuarat itu dan berkata ia tidak menjejaskan kesucian serta syiar Islam, malah selaras nas-nas Al-Quran dan Al-Sunnah.

Beliau berkata, keputusan itu dipersetujui sebulat suara berdasarkan beberapa pertimbangan, terutama untuk memelihara imej agama Islam yang mementingkan kesejahteraan hidup untuk individu serta masyarakat.

"Suka juga dinyatakan bahawa Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang membuat keputusan ini, setelah berbincang panjang lebar dan mempertimbangkan isu ini dari pelbagai sudut.
"Isu itu dibawa ke mesyuarat berkenaan, setelah Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang menerima beberapa aduan daripada masyarakat Islam sendiri yang tidak tahan dengan bunyi bising pembesar suara yang dipasang dengan volume sangat kuat," katanya.

Wan Salim berkata, proses pewartaan larangan itu akan mengambil masa dua hingga tiga bulan, iaitu ia akan dibawa kepada Jabatan Penasihat Undang-undang Negeri dan mesyuarat exco kerajaan negeri terlebih dahulu, sebelum dimohon perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata, JHEAIPP akan mengadakan beberapa sesi penerangan kepada ahli-ahli jawatankuasa dan pegawai-pegawai masjid di seluruh negeri mengenai perkara itu, agar mereka dapat menjelaskan kepada masyarakat Islam di kawasan masing-masing.

"Semoga dengan cara sedemikian, isu itu tidak disalah faham oleh orang ramai dan tidak menimbulkan kekecohan berpanjangan," katanya. (TKO)

Kamu setuju ke?

11 comments:

Anonymous said...

Setuju. Kalau nabi boleh larang baca quran dgn kuat krn ganggu org lain inikan pula kuliah agama. Hina quran bila dibaca tapi tak dihirau oleh org2 yg mendengarnya. Nak tunjuk syiar Islam, berakhlaklah dgn akhlak Islam. Sorg amoi tercari2 tuhan, dia tak jumpa di Malaysia, bila berhijrah ke luar negara di negara kafir baru dia jumpa krn lihat akhlak org Islam sana.

Al said...

Setuju, setakat ni bacaan Al-Qur'an melalui pembesar suara atau ceramah2 gagal menarik orang2 muslim datang bertandang ke masjid.

Al said...

Setuju, setakat ni bacaan Al-Qur'an melalui pembesar suara atau ceramah2 gagal menarik orang2 muslim datang bertandang ke masjid.

Unknown said...

aku setuju kalau semua yang bersetuju diatas diberi tiket bas percuma untuk tinggal 2 hari 2 malam di sebuah masjid di singapura dan perhatikan suasana penduduk islam yg tinggal berdekatan dgn masjid tersebut. Jauh perjalanan luas pemandangan...oleh itu banyak2lah melancung dan tengok negara luar.

Anonymous said...

Bukan salah corong masjid org sekeliling teruk. Salah ahli masjid yang tak keluar bergaul dgn masyarakat, berdakwah.

Anonymous said...

Saudara tuan admin bagaman? setuju ke? atau memang menunggu respon orang ramai.ini seolah2 cuba mencipta satu isu nak kenakan kepada yang dimusuhi aje.maaflah kalau bsilap.tetapi biasanya saudara selalu bias.Kalau berani cubalah katakan bahawa ini adalah arahan kerajaan DAP.bolih tak?

Anonymous said...

kat tempat aku dah lama benda ni dikuatkuasa.. bukan arahan dari jabatan agama atau siapa2.. semuanya dari kehendak kariah dan ajk masjid.. Alhamdulillah penuh saf bila waktu solat..
lain kali lantiklah ajk masjid yg berilmu utk mengurus insyaAllah berkat dunia & akhirat..
Org cina sbnrnya ok, tapi pemimpin DAP yg melebih2

Anonymous said...

Setuju. Ikut sunnah mesti baik hasilnya. Nak beritahu ada ceramah, tak perlu ceramah kat pembesar suara. Pakailah banner, poster. Promosi sekali kebaikan datang ke majlis ilmu.

Yang orang melenting kat media sosial ini sama ada terlalu berpegang kepada adat ceramah dan lain lain majlis kena pakai corong pembesar suara, atau pun tak datang masjid pun sebab suka dengar ceramah daripada rumah. Tak kena marah dengan ustaz bila sambil dengar ceramah sambil main handphone. Hahaha.

Lainlah kalau azan dan iqamah tak boleh pakai pembesar suara. Kalau itu, lain cerita.

Abu Adam Muhammad

Anonymous said...

Kenapa pulau pinang je yg bising tu.ramai sgt cina yg nak dijaga hati perut mereka ke.yg org melayu dok hidu bau busuk babi yg mereka dok makan tu ada org bela ke.nampak sgt penjilat cina dap ni sampai keluar hadis segala.hadis tu bkn untuk org yg bgun sembahyang mlm ke.ada guna corong tu kul 3/4 pg ke.jgn tak nampak keindahan islam sbb hati perut yg busuk sama mcm hal hudud juga.

Anonymous said...

Keindahan Islam terletak kat akhlaq org Islam yang melaksanakan Islam ikut ajaran Nabi. Bukan kat ceramah agama, bukan kat gangsterisma dan bukan tunjuk aku tuan kat sini.

Anonymous said...

Kalaulah cukup dgn akhlak yg baik saja knpa Allah menurunkan sekali utk pelakdanaan hukum islam sj.apa tdk cukup dgn akhlak nabi yg mulia.maka nya hukum n peraturan n hak adalah sesuatu yg telah ditentukan n bkn utk dipertikai mengikut kesukaan hati n perut masing masing.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails