Wednesday, September 30, 2015

Strategi 7 Perkara Seterusnya, PAS Hadapi UMNO/BN


Pilihan PAS selepas meninggalkan Pakatan Harapan

Kini PAS sudah “membujang” kembali dalam arena politik Malaysia. Secara teknikal meskipun ia menganggap dirinya masih menjadi pembangkang kepada kerajaan Umno-BN, ia bukan sealiran dan sekutu Pakatan Harapan.

PAS tidak boleh bekerjasama dengan DAP atas sebab prinsip. Ia juga tidak mahu bekerjasama dengan Amanah kerana masih sukar memaafkan “pengkhianatan” yang dilakukan pemimpin-pemimpin parti itu terhadap PAS.

Kini PAS perlu menggembleng usaha meminang lebih ramai pengundi menjadi anggotanya dan memperluaskan skop sokongan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) untuk mencapai martabat sama dengan Pakatan Harapan.

Untuk terus bertahaluf dengan PKR bukanlah satu opsyen yang baik. Di peringkat ini, PKR nampak sudah agak selesa dengan kerabat Pakatan Harapan tanpa PAS bersama.

Apa tidaknya, bersama Pakatan Harapan, PKR sudah mendapat apa yang dihajati iaitu pengakuan dan sokongan DAP dan Amanah untuk melantik Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri jika BN ditumbangkan!

PAS sebelum ini amat berhati-hati dan mahu bertindak sebagai “polis moral” dalam Pakatan Rakyat dengan tidak mahu membabitkan diri dalam perkara-perkara yang kurang bermaruah dan syubahat.

Antara lain, PAS amat keberatan mempersetujui manifesto pakatan itu mahu melantik Anwar menjadi perdana menteri jika menang pilihanraya umum 2013 lalu. Apa sebabnya, hanya pimpinan PAS tahu jawapannya.

PAS juga tidak mahu perubahan politik disusun menurut konsep “matlamat menghalalkan cara” seperti Langkah Kajang PKR yang memecat keahlian menteri besar Selangor kerana enggan memberi laluan kepada presiden PKR mengambil alih jawatan berkenaan.

Bagi PAS rekod perkhidmatan menteri besar berkenaan, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim amat memuaskan dan tidak ada sebab munasabah beliau perlu disingkirkan.

PAS juga enggan mengkhianati rakyat dengan sewenang-wenangnya mengosongkan kerusi yang dimenangi atas nama Pakatan Rakyat hanya untuk memenuhi hasrat pemimpin tertentu mengisi kerusi DUN Kajang.  

Kini, di segi politiknya, PAS perlu menjana keyakinan bahawa ia mampu hidup berdikari dan tidak perlu bergantung kepada PKR untuk meneruskan perjuangan politiknya.

Bagaimanapun PAS harus insaf bahawa dalam usaha menumbangkan Umno-BN, PAS tidak seharusnya mengizinkan dirinya untuk menjadi pemangkin atau “batu loncatan” kepada Pakatan Harapan mencapai cita-citanya.

PAS harus insaf bagaimana secara sistematik ia disisihkan daripada barisan pembangkang. Maka adalah penting ia memastikan amalan politik Machiavelli yang kurang bermaruah itu tidak pula menggantikan BN.

Akibatnya kelemahan moral dan gejolak nafsu mahu berkuasa itu mungkin lebih buruk daripada segala amalan dan dosa yang pernah dilakukan BN ketika memerintah Malaysia.

Ini adalah masanya bagi PAS membuktikan bahawa keyakinannya hidup “membujang” adalah berasas dan mampu melonjakkannya mencapai kemenangan lebih besar.

Sebenarnya, program berkelana bersendirian dalam politik ini sudahpun siap dilakarkan oleh presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang sendiri. Apa yang perlu PAS sekarang ialah  melaksanakannya dengan teratur dan jujur.

Strategi tujuh perkara ini dibentangkan oleh Haji Hadi dalam muktamar ke-61 PAS Jun lalu. Antara lain, beliau mengajukan supaya:

1.    PAS dan ahlinya menzahirkan kesetiaan pada perjuangan Islam dengan istiqamah berdasarkan ajaran al Quran dan as-Sunnah Rasulullah s.a.w.
2.    PAS dan ahlinya memahami dan menghayati erti kemenangan sebenarnya ialah mendapat keredhaan Allah.
3.    PAS memantapkan tarbiyah ahli dan kepimpinan dengan komited pada program yang disediakan agar yakin bahawa sempadan perjuangan tidak terhad di dunia tetapi melangkau          hingga akhirat.
4.    Mengemaskini pentadbiran parti di semua peringkat termasuk di Dewan-Dewan dan Lajnah termasuk Cawangan, Kawasan dan Negeri.
5.    Menyebarluaskan mesej bahawa Islam ialah penyelesai masalah ummah bersandarkan kefahaman mengenai fiqhul-waqie atau sistem dan realiti semasa.
6.    Bertahaluf dengan mana-mana pihak demi kebaikan rakyat tidak kira kaum dan agama dan berta’awun dengan mana-mana pihak memerangi kezaliman dan kemungkaran.
7.    PAS melebarkan kedudukan dan peranan di peringkat antarabangsa membela pihak yang dizalimi dan berusaha menyelesaikan konflik antarabangsa.

Yang penting PAS harus sedar bahawa ia mempunyai satu pangkalan politik yang cukup ampuh. PAS mempunyai ramai ulama yang boleh membimbing ummah merintis jalan keredhaan Allah.

Realiti hari ini menunjukkan bahawa umat Islam dahagakan pimpinan agama. Banyak institusi yang turut bersaing dengan PAS untuk memberi keyakinan diri dan kefahaman ini pada umat. Ini adalah tugas hakiki.

PAS harus jadi pembimbing yang boleh membantu umat faham masalah dan cabaran kehidupan hari ini yang saling bertindih dan mengemukakan solusi bagi kemelut yang boleh disesuaikan dengan tuntutan agama.

Masalah terbesar umat Islam di Malaysia hari ini ialah kecelaruan yang ditimbulkan oleh pemain-pemain politik. Justeru PAS harus memperbaharui iktikadnya bahawa ia adalah sebuah jamaah dan itu adalah lebih mulia daripada parti politik.

Kurangkan berpolitik dan tingkat kesedaran umat untuk beramal. Antara amalan terbaik ialah menyantuni isu dan cabaran politik dengan jujur, ikhlas, dan tidak syubahat.

Jika benar PAS sedia bertahaluf dan berta’awun dengan sesiapa sahaja, maka PAS harus meluruhkan bibit kebencian yang sudah merasuknya terhadap jemaah lain seperti Umno dan Ikatan Muslimin Malaysia atau Isma.

PAS harus insaf jamaah lain seperti Wadah, Ikram dan Abim kini lebih cenderung pada politik Machiavelli yang meliliti Pakatan Harapan. PAS harus menghayati sebaliknya – Islam itu ad-din.

PAS tidak perlu memaksa diri dengan slogan inklusif, peduli dan Amanah kerana rekod menunjukkan bahawa nilai-nilai itu memang sudah menjadi darah daging perjuangannya. Istiqamah.

Oleh Zainal Salleh
http://antarapos.com/

18 comments:

Anonymous said...

baca nak gelak sambil nak muntah.wuuuuuikkkk

mansor said...

strategi PAS menghadapi BN/UMNO adalah...jeng jeng jeng...join BN...

mansor said...

strategi PAS menghadapi BN/UMNO adalah...jeng jeng jeng...join BN...

Anonymous said...

PAS TAK SALAH TAPI SEGELINTIR PEMIMPINNYA KUNUN ULAMA TAPI MEMBAWA ONAR PADA LEBEL ISLAM SEPERTI
1. Pemimpin yg bermulut longkang yg membarua, mentolol dan menjebon Jemaah sendiri.

2. Mengamalkan kekarutan Baiah mencagar isteri. Kenapa tak lump sum ahli pun cagar bini masing-masing

3. Muktamar dah kata putus dgn DAP tapi masih terhegeh - hegeh pegang jawatan di Penang. Sayang elaun ke. Maruah macamana ?????

4. Dulu merepek anjing tapi kini merepek salak Babi kat bukit pulak dlm kongres

5.Sebelum muktamar bukan main nak halau mat sabu dan rakan, tapi lepas muktamar bila nak tubuh parti baru MEROYAN pula lebai lebai semua

6. Paksa yb yg keluar letak jawatan. Gila ka, kalau letak 5 tahun tak boleh bertanding pilihanraya.

7.SAYA sedih PKR curi YB Pas, ini sudah menghina, memperlekeh PAS. Tp ajak join Pakatan 2.0 tp curi MP Pas. Ini khianat jadi Pas mesti tinggalkan PKR dengan meletak jawatan exco di Selangor. Woii depa curi MP Pas tu. Tak kan nak tengok ja, Lain la kalau Amanah yg curi kurang la rasa kena KENCING nya. Mana Maruah Pas.

AKHIRNYA AKU MEMERHATI KELAKU MEREKA SEPERTI AKU MEMERHATIKAN USTAZ USTAZ SAMPUL.....selamat tinggal pas yg akan bungkus di pantai barat dan jd suam suam kuku di pantai timur kerana 3 penjuru. YG CANTEEK UMNO AKAN KEMBALI DI KELANTAN.

MEMBANGUN BERSAMA KEPIMPINAN CAI

dol said...

no.8 pas terlupa...sgt sgt penting

pas akn perjuangkn hudud dn paksa umnu buat hudud...by hook or by crook

Anonymous said...

pkr curi yb pas tu yg tk tahan tu...

pas ingat mohd taib dn KJ tu selipar kt masjid rusila ke yg boleh dicuri2

dulu tuduh adun pas jd barua dibeli

org lain kena curi kena beli....yg pejuang tulin hadi sorang je

pas mmperkecilkn tokoh2 srperti mat taib dn KJ..

klu tantowi atau beduh tu mungkinlah blh dicuri....cumanya tkde sapa nk curi depa.

pas jgn lupa nazri kata pas join bn mengacau aje.....malunya akuuuuu

Anonymous said...

Kira2nya Zainal Salleh ni seorang ulamak yg besar. Lebih besar dari ulamak2 yg ada dlm PAS. Krna itu ia lebih utamakan hukum logik lebih besar dr hukum agama. Tida nas disertakan dan termasuk memandang remeh keagungan syariat Tuhan.

Anonymous said...

Benarpendapat anon 10.36 .memnag tepat ,Pas tak salah tetapi telah dihancurkan oleh peminpin ulamk sendiri.semoga Pas tenang bila dikuburkan nanti.

bat8 said...

Satu propaganda untuk memperdaya dan mengalih perhatian ahli PAS akar umbi dari petbincangan sulit antara puak HH dengan UMNO untuk bergabung dalam PRU 14 yang sedang berjalan secara sulit dari dihidu oleh ahli PAS.

Ini salah satu tektik puak UG untuk memaksa ahli PAS akar umbi telan pil kuda buatan tanah suci rusila agar wala membabi buta aka dapat ditipu hidup2 oleh puak UG.

Itu je hakikat artikel ini.

Anonymous said...

Atas sebab perinsip Pas tidak bolih berkersama dengan DAP.Bagaiman dan apa hukum pula kerjasama Pas dan DAP di Selangor pula?,Apa ke jadahnya,Dimana nilai Islam .dimana nilai diri ,dimana nilai maruah,tak malu ke kita apa yang kita war2 kan tetapi kita bertindak lain?kita marahkan DAP tetapi secra sinisnya Pas berada dibawah tapak kaki DAP.kalau kita ada maruah kita sewajarnya kelar dari pakatan di Selangor.biarkan DAP dan PKR sahaja,ini tidak,.macam2 lasan untuk tidak keluar dari tadbir Selangor.maruah ulamk tercemar sehina2nya

bat8 said...

Tuan Haji

Saya memahami betapa bermaknanya perjuangan PAS kpd tuan haji. Sejarah perjuangan pemimpin-pemimpin PAS terdahulu yang terdiri daru ulamak2 yang ikhlas yang banyak bekorban demi Islam.

Tetapi bukan dengan cara cuba mempertahankan kepimpinan HH dan puak UG yang mahu meruntuhkan perjuangan pemimpin2 PAS terdahulu. Perjuangan HH dan puak UG lebih kepada menjual ugama untuk kepentingan diri. Mengapa saya kata begitu. Apa yang diucap oleh puak HH ini dengan menggunakan Islam xsama dengan apa yang mereka buat. Mereka guna prinsip2 Islam tetapi buat sebaliknya.

Jika tuan haji sayangkan PAS sepertinsaya sayangkan PAS, mari kita beri kesedaran kepada ahli PAS akar umbi agar menukar kepimpinan HH dan geng puaknya. Mereka akan menghancurkan PAS yang kita sayang.

Ibnu Hasyim said...

Maaf jawab sikit.
Terima kasih komen tuan.

Satu:

Ibarat kita sedang solat. Abdul Hadi dilantik jamaah Islam sebagai imam. Kita solat beramai-ramai. Boleh tolak Abdul Hadi sebagai Imam, mufarakah, dengan syarat dia melakukan perkara yang membatalkan 'keimamam'nya sebagai imam.

Anda boleh buktikan di mana salahnya Abdul Hadi secara syar'e sehingga 'batal imam'nya, tidak boleh ikut makmum lagi, kalau ikut 'haram' hukumnya?

Saya boleh keluar PAS, anda beri bukti yang kukuh, bukan fitnah dan khabar yang tiada asasnya. 'Abdul Hadi puak UG'? Buktikan! Sejak digosip DAP hingga sekarang belum ada bukti. Jumpa dan maufakat dengan Najib? Anwar dan Kit Siang pun sama. Mengapa tak tuduh mereka UG?

Yang keluar mufarakah itu, belum jelas Islam parti dan dasar perjuangannya. Apa lagi ada pemimpin tertingginya, pada saya seolah-olah tidak berakhlak Islam.

Sila jawab perkara yang satu ini dulu, kemudian kita bincang yang kedua pula..

As-salamu 'alaikum?

bat8 said...

Tuan Haji

Analogi tuan bahawa HH ibarat iman dalam solat jamaah adalah tersasar. Andaian tuan HH s3bagai iman jemaah ibarat solat berjamaah itu valid jika PAS adalah sebuah bidang dakwah semata-mata dan tidak bergerak di arena politik dimana PAS bergerak ditengah masyarakat menggunakan nama Islam untuk meraih sokongan agar mengundi PAS dalam pilihanraya.

Solat dan PAS sebagai s3buah parti politik berasaekan Islam adalah 2 perkara berbeza sama sekali. Dalam solat xde kemp3n nak dapat undi. Solat bukan soal mendapat sokongan untuk memimpin negara.

Jika tuan haji masih berpegang PAS ini ibarat jemaah solat, tuan haji akan keliru dengan apa yang sedang berlaku dalam PAS s3karang. Tuan Haji akan tersasar memahami sejarah pe4juangan PAS s3lama ini dalam kont3ks apa yang berlaku sekarang.

Anonymous said...

Tn hj guna qias yg tdk betul. Beza pimpin parti dgn pimpin solat. Solat ada sah batalnye. Tp politik anjal n penoh strategi. Parti disokong ramai akan menang dlm demokrasi. Takkan pas nk menang 60 thn lagi. Hmm reda Allah lebih penting drp putrajaya. Itu lah sabda ulamak chai. Masa bn lemah ni kita kena strategi betul. Ni tidak pas now mcm nk ug dgn umno. Ug ni dah lama dicadang oleh hadi sejak 2008. Tp dibantah keras oleh nik aziz. Tu ug tk jadi tu. Ada faham tn hj?

Unknown said...

Akalan politik hj hashim sependek fikir ahli pas kampung yg menelan bulat jajaan agama di pentas politik. Jesteru org pas kampung ortodok mengstigmakan pas adalah islam.

Ibnu Hasyim said...

Rasulullah sebagai imam Negara Islam Madinah. Rasulullah pemimpin dalam solat. Rasulullah pemimpin politik, social dan ekonomi secara Islam. (Tulis ejaan biar betul, 'imam' bukan 'iman' Belajar faham sikit istilah Islam.

Mengapa hina dan cetek sangat cara kamu berfikir? Khalifah yang empat Abu Bakar Umar, Usman Ali terlibat dalam imam dan solat. Masyarakat Madinah adalah masyarakat majmuk, walaupun pada masa itu ada juga sosok 'Lim Guan Eng' atau 'Najib'. Di zaman perjuangan awal di Mekah, Rsulullah tidak tunduk kepada perjuangan politik Abu Jahal, yang asobiah jahiliah? Apa lagi dapat bantuan kewangan dan gaji dari mereka.

Yang memisahkan politik dengan solat ataau agama adalah 'politik Lim Guan Eng' atau politik Nagib'. Kesian kamu, tidak faham sejarah Islam, memahami agama tak seiring dengan politik. Nampaknya orang Islam kampong lebih cerdik dari otak karat penjajaah kamu.

Kesian kamu, sila jawab Hj Hadi dituduh UG, jangan buat fitnah. Buktikan., sebelum saya masuk dan bahas perkara kedua pula..

As-slamu 'alaikum?

Anonymous said...

Rasulullah mmbangun negara Islan dari bawah. Mendidik, mentarbiah para sahabat dgn wahyu Allah sehingga mrk benar2 beriman. Bila masyarakat di madinah dah beriman, lalu baginda berhijrah dan memimpin jemaah Islam yg tunggal. Berbeza sekarang kita nak buat negara Islam dr atas. Nak dapat kuasa dulu, jadi terpaksa main politik jahiliah. Kena main betul2 lah. Dapatkan kuasa, tukar dasar pendidikan negara agar membawa manusia beriman kepada Allah.

Anonymous said...

Bodoh, 'Bila masyarakat di madinah dah beriman' baru nak hijrah? Pegi belajar lagi la agama..
he he he..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails