Sunday, September 27, 2015

Cerita Ambiga Memenuhi Ruang Whatsapp




Pagi ini ruang whatsapp di beberapa groups yang saya hadir telah dipenuhi dengan cerita Ambiga. Parti-Parti Politik dan NGO telah dijemput untuk Persidangan Meja Bulat di Hotel Empire, Subang. Malangnya PSM tidak pula diundang (sila baca di sini) atas sebab yang hanya boleh dijawab oleh mereka yang menjadi perancang Pakatan Baru nak ganti pakatan lama.

Dikatakan Ambiga mempersoalkan persidangan meja bulat ini kerana wujudnya 'hidden' agenda disebalik persidangan tersebut. Ambiga mempersoalkan kenapa NGO dijemput sedangkan penubuhan PAKATAN HARAPAN telah pun dibuat sebelum itu.
Saya difahamkan bahawa kenyataan Ambiga ini adalah merujuk kepada pertemuan sebahagian pimpinan PKR, DAP dan serpihan PAS.


Pakatan Harapan sebenarnya telah dirancang awal. Anda boleh baca artikel Malaysiakini bertajuk"Pakatan leaders informally discuss Pakatan 2.0?" Jadi bagi Ambiga apa guna panggil NGO? Atau NGO sekadar alat sahaja untuk politik murahan ini?


Ambiga juga mempersoalkan kenapa persidangan ini bersifat tergesa-gesa seolah-olah sengaja untuk menepikan PAS. Kenyataan dikuatkan apabila PAS berkata tidak akan sertai terus AMANAH menunjukkan sikap sebenarnya yang memang tidak mahu PAS.


Bagi Ambiga, PAS adalah parti pembangkang yang kuat dan tulang belakang kepada Melayu perlu ada dalam barisan Pembangkang untuk politik Malaysia. Malah bukan sahaja Ambiga Tian Chua pun pernah membuat kenyataan seperti ini di akhbar berbahasa Cina. 

Without PAS , Pakatan Rakyat cannot topple BN

Ambiga dikatakan keluar dalam majlis persidangan meja bulat setelah tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh DS Wan Azizah serta Rafizi Ramli. Malah bukan Ambiga, Maria Chin turut keluar majlis lebih awal.

Saya sangat setuju dengan tulisan Zasyaf Ishak di The Malaysian Insider ‘Pakatan Harapan’ suatu permulaan yang longlai.

Kesimpulan tulisan Timmy Say dalam portal yang sama juga boleh diambil renungan

"Hanya mereka yang mempunyai ego yang tinggi sahaja masih cuba menanam idea bahawa situasi ini menguntungkan pembangkang. Berhati-hatilah dengan idea yang ditanam para 'political animal', takut-takut yang digali rakyat ialah bom yang diceritakan sebagai ubi."


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/
 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails