Thursday, October 01, 2015
Harga Runcit RON95, RON97 & Diesel Naik 10 sen Bagi Oktober
KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel naik sebanyak 10 sen seliter bagi Oktober 2015 berkuat kuasa tengah malam ini.
"Harga baharu RON95 ialah RM2.05 seliter, RON97 pula RM2.45 seliter dan diesel RM1.90 seliter", kata Presiden Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia Khairul Annuar Abdul Aziz ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata harga baharu RON95 berkuatkuasa mulai 12.01 pagi, 1 Oktober ini (Khamis)," katanya.
Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel sekarang ialah RM1.95 (seliter), RM2.35 (seliter) dan RM1.80 (seliter). (IH)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Depa tak larat nak bising dah hal minyak ni.letih dok sibuk mengutuk pas sj.mereka tu tak rasa sama imam sembahyang dgn imam politik sbb tu bleh terima mat sabu jd imam mereka.kita bkn hina mat sabu krn tahap pendidikannya.kita hina org yg tunduk kpda kemahuan dap.
Post a Comment