Friday, March 06, 2020

Dera Seks, Rakyat AS Kosong Jiwa Dipenjara 775 Tahun,


Mereput dalam penjara


SEORANG lelaki pedofilia di West Virginia, Amerika Syarikat dijatuhi hukuman penjara 775 tahun kerana merakam aksi melakukan penderaan seks terhadap seorang bayi perempuan.
Keputusan itu dibuat hakim mahkamah di Kanawha County terhadap Richard Smith selepas dia disabitkan dengan 11 pertuduhan penderaan seksual, empat serangan seksual dan lima penderaan seksual.
Smith dan teman wanitanya, Roseanna Thompson sebelum itu ditahan polis pada Mei 2018 di rumah mereka di South Charleston, West Virginia.
Tangkapan itu dilakukan selepas polis menerima maklumat dan menemui bukti rakaman video dimiliki mereka.
Isteri Smith, Morgan mendakwa suaminya pernah melakukan penderaan fizikal dan mental terhadapnya sepanjang perhubungan mereka.
Bagaimanapun, Morgan tidak menyangka perbuatan itu berterusan sehingga dia menemui pita video di dalam simpanan suaminya ketika membersihkan rumah.
Rakaman itu menunjukkan Smith dan Thompson berulang kali mencabul bayi perempuan berkenaan dan ia menyebabkan Morgan trauma pulang ke rumah.
Morgan bagaimanapun enggan berdiam diri dan terus membuat laporan hingga suaminya dan Thompson ditahan.
“Dia menyimpan banyak koleksi video berkenaan dan saya sangka ia hanya alat melayan fantasi.
“Sangkaan saya meleset dan apa yang berlaku menjadikan hidup saya tidak tentu arah.
“Rasa tidak percaya orang yang paling saya sayang melakukan perbuatan terkutuk itu sedangkan kanak-kanak sepatutnya dilindungi,” katanya.
Laporan itu bagaimanapun tidak menyebut butiran bayi berkenaan bagi melindungi identitinya. (Agensi)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dia pendera seks dihukum penjara selama 775 tahun, membuktikan dia tidak gila. Cuma jiwanya kosong, ketandusan ajaran agama lurus, yang mampu membawa ketenangan dan kebahagiaan dunia akhirat.

Itulah contoh kehidupan rakyat AS dalam acuan barat yang menyongsang fitrah. Tolaklah cara hidup jijik dan perosak begitu!

2 comments:

Anonymous said...

Kat sini ada gila kuasa. Kejap nak jawatan, kejap tak nak. Kejap nak balik. Ini pun jenis gila nyusahkan orang.

Anonymous said...

Dah tua kadang2 cepat putus asa. Lagi pun prestasi dah merosot. Tak mampu kawal rakan politik. Hakikatnya beri orang lain peluang. Jika tak perform, ganti orang lain.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails