Sunday, January 26, 2020

6 Resolusi, Muafakat Nasional Siap Perintah Perak.



KONVENSYEN Muafakat Nasional Negeri Perak telah mengangkat enam resolusi yang dibacakan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Razman Zakaria dan Pengerusi Umno Negeri Perak, Dato’ Saarani Mohamad sebagai tanda persedian untuk memerintah dan mentadbir kerajaan negeri.


Menariknya, sebelum resolusi dibacakan, sebagai gimik acara, ia dibawa masuk dengan diketuai oleh Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penyelaras Muafakat Nasional Negeri Perak dari kedua-dua parti, Ustaz Misbahul Munir Masduki dan Dato’ Hasbullah Othman dengan perarakan panji bendera Malaysia, Perak, PAS dan Umno.
Berikut ialah enam Resolusi Muafakat Nasional Perak tersebut:
1.    Menghormati dan menerimapakai segala yang termaktub di dalam PIAGAM MUAFAKAT yang dimeterai pada 14 September 2019.
2.    Berusaha sedaya-upaya untuk memenangi PRU15 dan membentuk Kerajaan Muafakat Nasional Negeri Perak dan Persekutuan secara bermaruah.
3.    Memelihara dan mempertahankan kesucian Agama Islam sebagai agama rasmi, kedaulatan Raja-Raja Melayu, hak-hak istimewa Melayu dan Bumiputera tanpa mencabuli hak-hak kaum-kaum lain, seperti yang termaktub didalam Perlembagaan Negara dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.
4.    Meneruskan perjuangan Muafakat Nasional dalam acuan masyarakat majmuk, khususnya dalam bidang agama, ekonomi, pendidikan, sosio budaya dan politik, yang menjadi teras pembangunan negara bangsa yang harmonis, maju dan sejahtera.
5.    Memberi kepercayaan dan walak kepada pucuk pimpinan tertinggi Muafakat Nasional dalam menyelesaikan sebarang isu untuk memelihara dan mempertahankan semangat serta jati diri permuafakatan yang murni dan abadi diantara warga dan komponen Muafakat Nasional demi kelangsungan wadah perjuangan bersama.
6.    Menjadikan Al-Quran , As-Sunnah, Ijma’ Ulama’ dan Qias sebagai sumber hukum dan rujukan yang tertinggi dalam sistem pemerintahan Muafakat Nasional.

Setelah kedua-duanya selesai membaca, penyerahan secara rasmi resolusi tersebut oleh Dato’ Saarani kepada Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Razman menyerahkan kepada Presiden Umno, Dato’ Seri DiRaja Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Kehadiran konvensyen sehingga ke perasmian penutup adalah seramai 4,000 perwakilan yang hadir mewakili PAS dan Umno dari seluruh Parlimen negeri Perak. – HARAKAHDAILY 25/1/2020

6 comments:

Anonymous said...

Dalam sibuk pemuafakatan nasional, presiden pkr sedang berjumpa dengan beberapa pertubuhan islam dengan membawa gagasan Alexis De Touqueville dan edward said. Yang pertama ialah politician demokrat dari perancis, yang kedua ialah kelahiran mesir tetapi dibesarkan di gereja. Sudah tentu ini adalah jenis islam liberal yg kesan nya memecah belahkan umat islam.
Agenda pkr adalah melengkapkan agenda dap dalam konteks perpecahan islam. Dap terkenal dengan avengalist dan boleh semeja dengan liberal, tambahan liberal membawa bersama gagasan demokrat dan edward said yg sangat dikagumi oleh barat, dap dan yahudi.

Anonymous said...

Puak pas berangan....kerjasama dgn umno tapi Hadi sokong madey....

Hadi memang Bebal mencampori urusan rumahtangga orang...

Anonymous said...

Pinjam 400 juta nak bayar gaji kerana Pas tak mampu jana ekonomi negeri kelantan...

Dapat duit terus beli mercedes 14 bijik bagi satu sorang...

Hentam lagi 50 ribu sorang....itu cara Pas perintah ikut islam...

Rakyat kelantan terabai...

Anonymous said...

DSAI BERSAMA KELUARGA ABIM DAN PKPIM

aljuboriii digelar pilantropis kikiki

klas 3 jurusan tah apa apa ... pilaantropis tuhhhh..!! kikiki..

Saya@Anwar berkesempatan bermuzakarah dengan rangkaian gerakan Islam WADAH-ABIM-PKPIM di Port Dickson hari ini dalam rangka memperkukuh agenda kemakmuran dan kesejahteraan negara.

Anwar tekankan peri penting terkait kefahaman Islam dibumikan secara menyeluruh sehingga ke akar umbi.

Turut dihimbau gagasan pemikiran Alexis De Touqueville dan Edward Said sebagai idea pendorong dalam mendepani pelbagai mehnah yang perlu dirungkai dalam konteks menjayakan agenda reformasi Malaysia Baharu.

Psssttttt...!!!

Wadah alexis dan edward tu wadah gay dan lgbt ke wadah pluralisma murtad..



kikikikikiki

Anonymous said...

Pastikan pakai mercedes Benz Dan aku pun dapat sbiji dulu kalau pas Nak perintah Kat perak

Anonymous said...

exco rogol senyap jer
anak mat zabu telah ganja di disko senyap jer
Kes Aruwah Adib senyap jer
adun makan Bersatu selangor kena tangkap parti dadah senyap jer
kelantan belanjawan lebihan belanja 45 juta sejak 3 tahun lalu senyap jer
Adun PAS potong 26 % gaji senyap jer

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails