Friday, January 31, 2020

Makan Sop Ini Bahaya, Coronavirus Berpunca Dari Ini..


Wanita China Menunjukkan Cara Makan Sop Kelawar, Coronavirus Berpunca Daripada Kelawar

Seorang pemandu pelancong di China telah memohon maaf kepada orang ramai selepas videonya memakan kelawar pada 2016 menjadi viral ketika sedang berlakunya wabak koronavirus.

Wang Mengyun, dilihat dalam program online travel show menunjukkan cara makan sop kelawar, merobek haiwan itu dengan tangannya sebelum memakannya.
Klip video berusia tiga tahun itu telah banyak dikongsi di media sosial selepas krisis kesihatan berlaku di China, mencetuskan keriuhan daripada pengguna web.

Dalam postingnya minggu lepas, the globetrotter memohon orang awam untuk memaafkannya, memanggil dirinya 'jahil',

Wang Mengyun menulis: 'I am sorry, everyone. I should not have eaten a bat.' [dailymail.co)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerana itulah agama Islam menggariskan peraturan-peraturan dalam permakanan. 

Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa jika tumbuh daging dalam tubuh manusia yang berasal dari makanan yang haram maka baginya adalah neraka. Dan Allah SWT juga selalu memerintahkan umatnya untuk senantiasa memakan makanan yang halal sebagaimana disebutkan dalam ayat berikut ini.


يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ 
Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. (QS Albaqarah 168)
Definisi Makanan Haram
Makanan haram adalah makanan yang dilarang dikonsumsi oleh umat Islam dan dapat digolongkan dalam dua golongan utama yakni kerana dzatnya mahupun kerana suatu kondisi. Adapun makanan haram ini disebutkan dalam firman Allah SWT ayat berikut ini
حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَنْ تَسْتَقْسِمُوا بِالْأَزْلَامِ ۚ ذَٰلِكُمْ فِسْقٌ ۗ الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ ۚ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِإِثْمٍ ۙ فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging hewan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan.
Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.  (QS Al Maidah ayat 3)
Jenis Makanan Haram 
Makanan yang haram dalam Islam digolongkan dalam dua jenis utama yakni ;
  • Haram kerana dzat atau asalnya termasuk seperti yang disebutkan dalam ayat sebelumnya yakni darah, bangkai, daging babi, khamr, anjing, keledai, binatang buas dan lain sebagainya.
  • Haram kerana suatu kondisi atau sebab tertentu meskipun zat asalnya adalah halal. Misalnya saja makanan yang didapat dengan cara mencuri, menipu, makanan yang disajikan sesajen atau persembahan perdukunan mahupun makanan yang ada dalam acara yang tidak sesuai dengan syariat Islam misalnya bid’ah. Mengkonsumsi makanan seperti ini haram hukumnya.
Akibat Makan Makanan Haram
Seperti yang disebutkan sebelumnya bahawa Allah mengharamkan makanan yang membawa kesan buruk bagi kesihatan manusia. Diantara akibat makan makanan haram tersebut antara lain:
1.Doa-doanya tidak dikabulkan
Seseorang yang memakan makanan haram doa-doanya tidak didengar dan dikabulkan oleh Allah SWT. Hal ini sejalan dengan hadits Rasulullah SAW berikut ini 
Rasulullah bersabda, “Seorang lelaki melakukan perjalanan jauh rambutnya kusut, mukanya berdebu menengadahkan kedua tangannya ke langit dan mengatakan, “Wahai Rabbku! Wahai Rabbku! Padahal makanannya haram dan mulutnya disuapkan dengan yang haram maka bagaimanakah akan diterimanya doa itu?” (HR Muslim)
2. Merusak hati dan akalnya
Makanan yang haram dapat mempengaruhi hati dan fikiran seseorang. Jika seseorang memakan makanan yang baik atau makanan halal maka hatinya juga dapat menjadi baik dan sebaliknya jika memakan makanan haram hati seseorang dapat tercemari dan hal ini juga mempengaruhi kekhusukan dalam beribadah termasuk dalam shalat. Makanan yang haram juga dapat mengeraskan hati seseorang sehingga tidak mampu melihat kesusahan orang lain dan enggan membantunya. 
3. Amalan tidak diterima
Siapapun umat islam yang memakan makanan yang haram maka amal ibadahnya tidak diterima Allah SWT dalam waktu empat puluh hari seperti yang disebutkan dalam hadits berikut ini.
Ibnu Abbas berkata bahawa Sa’ad bin Abi Waqash berkata kepada Nabi Muhammad SAW, “ Ya Rasulullah, doakanlah aku agar menjadi orang yang dikabulkan doa-doanya oleh Allah”. Apa jawaban Rasulullah, “Wahai Sa’ad perbaikilah makananmu (makanlah makanan yang halal) niscaya engkau akan menjadi orang yang selalu dikabulkan doanya. Dan demi jiwaku yang ada di tangan-Nya sungguh jika ada seseorang yang memasukkan makanan haram ke dalam perutnya, maka tidak akan diterima amalnya selama 40 hari dan seorang hamba yang dagingnya tumbuh dari hasil menipu dan riba, maka neraka lebih layak untuknya” (HR. At-Thabrani)
4. Makanan haram membawa ke neraka
Makanan haram yang dimakan oleh seseorang akan berubah menjadi daging dan daging tersebut dapat membawa seseorang ke neraka sebagaimana yang disebutkan dalam hadits Rasulullah SAW tentang mereka yang memakan makana haram berikut ini
“Tidaklah tumbuh daging dari makanan haram kecuali neraka lebih utama untuknya” (HR. At Tirmidzi)
Mengurangi iman dalam hatinya
Mengkonsumsi makanan haram tidak hanya berdampak pada hati dan akalnya tetapi juga pada keimanannya. Makanan dan minuman haram dapat mengurangi iman seseorang dan mengganggu ibadahnya sebagaimana hadits tentang peminum khamr berikut ini.
“Tidaklah peminum khamr, ketika ia meminum khamr termasuk seorang mukmin” (HR Bukhari dan Muslim)
6. Rusaknya keturunan
Seseorang yang memberi anaknya makan dengan makanan haram tidak akan mendapatkan kebaikan, sebaliknya makanan haram tersebut dapat merusak akhlak dan kebaikan yang ada pada diri anak. Inilah kenapa orangtua yang memberikan makanan haram pada anaknya seringkali memiliki anak yang susah diatur dan cenderung membangkang.
7. Mendzalimi diri sendiri
Makanan yang diharamkan oleh Allah SWt mengandung mudharat atau keburukan boleh berdampak buruk bagi kesihatan manusia. Seperti mengkonsumsi daging babi dapat menyebabkan penyakit cacing pita, mahupun alkohol yang dapat merosak organ hati dan organ tubuh lainnya.
Akibat makan makanan haram sangatlah tidak baik dan oleh sebab itu sebagai umat Muslim kita mesti selalu memakan makanan yang halal dan memberikan anak-anak kita makanan dari rezeki yang halal. 

Semoga bermanfaat. Insya Allah!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails