Friday, January 31, 2020

Kisah Pelayaran Chittagong-M'sia. Kebulur Bot Rosak. Marin M'sia Penyelamat.


Ghaib tinggal bot
Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 menyelamatkan 65 pelarian etnik Rohingya termasuk 18 kanak-kanak dalam keadaan kebuluran selepas bot dinaiki mereka dipercayai hanyut selama 20 hari ketika cuba diseludup sindiket penyeludupan migran ke Malaysia, kelmarin.
Sindiket terbabit dipercayai menyeludup etnik Rohingya itu dari Kem Kutupalong, Chittagong, Bangladesh dengan bayaran antara RM1,300 dan RM1,800 seorang.
Komander PPM Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, siasatan awal mendapati tiga lelaki Bangladesh yang mendalangi kegiatan penyeludupan itu meninggalkan bot di perairan antarabangsa selepas mengalami kerosakan.
“Selepas gagal membaiki kerosakan enjin bot, tiga lelaki Bangladesh itu menghubungi rakan mereka untuk mendapatkan bantuan.
“Setibanya rakan mereka pada hari kelapan pelayaran, tiga suspek meninggalkan pelarian terbabit sambil mendakwa akan kembali membawa mereka ke Malaysia dengan bot baharu,” katanya.
Menurutnya, bagaimanapun sindiket meninggalkan seorang ‘rakan’ dalam kalangan pelarian itu bagi memantau perkembangan.
“Kami berjaya tahan seorang tekong warga Myanmar berusia 25 tahun selepas soal siasat dilakukan,” katanya.
Menjelaskan lanjut, Mohd Yusoff berkata, siasatan mendapati semua etnik Rohingya di kem berkenaan didatangi tiga warga Bangladesh itu sebelum menawarkan perjalanan ke Malaysia dengan bayaran RM1,300 hingga RM1,800 seorang.
“Etnik Rohingya yang bersetuju ke Malaysia itu dibawa belayar pada 3 Januari lalu. Bagaimanapun, selepas seminggu belayar, bot itu rosak sebelum tiga dalang melarikan diri,” katanya.
Mohd Yusoff berkata, kehadiran bot itu dikesan anggota PPM yang melakukan rondaan Op Gelora Khas Musim Perayaan sekitar 3.3 batu nautika dari perairan laut Pulau Kendi jam 5 petang, kelmarin.
“Selain tekong, kita tahan dan selamatkan 65 etnik Rohingya terdiri daripada 24 wanita dan 21 lelaki berusia 16 hingga 56 tahun. Seramai 18 kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia antara 5 hingga 14 tahun turut diselamatkan dalam operasi itu,” katanya.
Mohd Yusoff berkata, semua mangsa ditemui dalam keadaan kelaparan selepas terputus bekalan makanan.
“Mereka yang diselamatkan bukan sahaja diberikan makanan sebaliknya turut dibawa ke hospital berhampiran bagi melakukan pemeriksaan kesihatan termasuk saringan wabak koronavirus baharu,” katanya sambil menambah pihaknya menyita bot dianggarkan bernilai RM35,000.
Dalam perkembangan sama, Mohd Yusoff berkata, kes sedang dikendalikan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963.
Hasil carian imej untuk myanmar zalim
Hasil carian imej untuk myanmar zalim
Kebuluran ditinggal tekong bot rosak
“Kami lapar, sudah 14 hari tidak makan. Tolong beri air dan makanan,” itu antara kata-kata sekumpulan pendatang etnik Rohingya yang ditemui dalam sebuah bot hanyut di perairan Pulau Kendi, dekat Pulau Pinang, kelmarin.
Kumpulan pendatang itu membabit 66 orang termasuk 18 kanak-kanak berusia lima hingga 14 tahun dan seorang tekong berusia 25 tahun.
Mereka ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 selepas bot dinaiki hanyut selama 20 hari ketika dalam perjalanan dari Kem Pelarian Kutupalong, Chittagong, Bangladesh.
Pengalaman migran kebuluran ditinggalkan tekong bot selepas rosak itu diceritakan Komander PPM Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat kepada Harian Metro, semalam.
Menurutnya, berdasarkan siasatan awal dilakukan anggota PPM Wilayah 1 selepas menahan bot itu, etnik Rohingya memang dalam keadaan kelaparan.
“Bot itu dipercayai hanyut selepas hari kelapan belayar, tekong pula lari dan bekalan makanan tiada jadi mereka menahan lapar,” katanya.
Katanya, itu risiko ditanggung etnik Rohingya atau mana-mana mangsa penyeludupan migran.
“Sindiket memang tidak jaga bab makanan atau minuman. Jika ada pun memang ia (makanan) akan dicatu, pernah ada kes seorang hanya boleh minum satu tudung air botol mineral itu,” katanya.
Mohd Yusoff berkata, pihaknya segera menghulurkan bantuan minuman dan makanan kepada mangsa penyeludupan migran berkenaan selepas bot mereka ditahan.
“Bukan sekadar itu, kami bawa mereka melakukan pemeriksaan kesihatan bagi menyaring sebarang wabak atau virus,” katanya.
Mohd Yusoff berkata, PPM akan terus mempergiat kawalan di perairan seluruh negara bagi mengelakkan pembolosan dari semua jenis jenayah rentas sempadan termasuklah penyeludupan migran. (MyMetro)

Ustaz Ismail Muhammad, 65, dari Kampung Baru Sungai Binjai berkata, bermula dengan dua landak, kini dia memiliki 36 ekor dan berazam untuk membiak sehingga 200 ekor sebelum dipasarkan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails