Saturday, February 01, 2020

Menteri Belia Dikepung 200 Individu Dicemari Kata Kesat, Lucah, Ugutan.. Mengapa?


Syed Saddiq didakwa diganggu sekumpulan individu ketika makan malam bersama ahli keluarga dan rakannya di sebuah restoran di Ulu Tiram, malam tadi.
'Terpaksa lari dan lompat pagar macam orang salah'
JOHOR BAHRU: “Bayangkan dikepung kira-kira 200 individu lagak seperti gangster,” kata Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang didakwa diganggu sekumpulan individu ketika makan malam bersama ahli keluarga dan rakannya di sebuah restoran di Ulu Tiram, dekat sini, malam tadi.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Muar dalam kenyataan di Instagram itu memaklumkan, pertemuannya yang turut bersama ahli Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) dan Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor dicemari dengan kata-kata kesat, lucah dan ugutan serta mendesaknya keluar dari Johor.
“Malam ini diganggu oleh sekumpulan individu (sekitar 200 orang) yang datang tidak dijemput. Mereka semua berdiri keliling berpakaian hitam datang ke majlis kami. Gangster dan tidak hormat orang.
“Mereka semua berdiri mengepung tempat makan kami, sergah dan langgar semua tetamu yang hadir. Mereka laung dan pekik macam-macam kata-kata kesat, ibu bapa saya juga jadi saksi malam ini.
“Ini apa? ada anak-anak kecil, wanita dalam majlis. Paling teruk mereka sergah supaya menteri minta maaf kepada TMJ (Tunku Mahkota Johor) kalau mahu pulang dari majlis. Apa yang berlaku saya pun tidak tahu. Yang saya tahu ini biadab dan kurang ajar. Apa salah saya? Saya berkhidmat untuk rakyat,” katanya menerusi kenyataan berkenaan dalam laman Instagram miliknya.

Turut bersama Syed Saddiq ketika kejadian ialah ibu bapanya, Exco Melaka, Mohd Rafiq Naizamohideen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa di Johor, Mazlan Bujang, beberapa ahli Pemuda PPBM serta keluarga mereka.
Syed Saddiq bersama ibunya.
“Lebih teruk, keselamatan semua yang hadir. Bayangkan dikepung lebih 200 individu lagak seperti gangster. Saya sendiri, YB Rafiq, YB Mazlan dan lain terpaksa lari guna jalan tikus dan lompat pagar. Lari seperti orang salah.
“Terima kasih ARMADA Johor, terima kasih BERSATU Johor. Malam ini adalah malam keluarga ARMADA dan BERSATU. Saya tidak akan maafkan kumpulan yang biadab ini,” katanya. (MyMetro)


Lihat sebelum ini..
Hasil carian imej untuk landak

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails