Friday, August 07, 2020

Isteri Guan Eng ke pejabat SPRM Pulau Pinang

  Gek Cheng (kiri) ditemani peguam Lee Khai tiba di Ibu pejabat SPRM Pulau Pinang di Georgetown. - NSTP Gek Cheng (kiri) ditemani peguam Lee Khai tiba di Ibu pejabat SPRM Pulau Pinang di Georgetown. - NSTP

GEORGETOWN: Betty Chew Gek Cheng, isteri bekas Ketua Menteri, Lim Guan Eng memasuki pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), kira-kira 10.45 pagi tadi.

Beliau yang menaiki kenderaan pelbagai guna ditemani peguam, Lee Khai dan adik perempuan Guan Eng, Hui Ying.

Pihak media belum mendapat penjelasan daripada SPRM tujuan Gek Cheng dipanggil kepada pejabat SPRM Pulau Pinang.

Pagi tadi Guan Eng didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan meminta rasuah membabitkan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Guan Eng, 59, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, pada Mac 2011 dan didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi.

Guan Eng juga dijadual dituduh di mahkamah Butterworth, Isnin ini bagi kes lain.

Beliau bertugas sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dari 2008 hingga 2018. (BH)

Hibur Hibur Sikit


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails