Friday, August 07, 2020

Tommy nafi setuju terima AS$1.75 bilion

 Bekas Peguam Negara, Tommy Thomas. - Foto hiasan NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI Bekas Peguam Negara, Tommy Thomas. - Foto hiasan NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

KUALA LUMPUR: Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas menafikan dakwaan bersetuju menerima AS$1.75 bilion daripada bank pelaburan global, Goldman Sachs.

Thomas dalam satu kenyataan media yang ditulis sendiri, memberitahu tiada penyelesaian membabitkan sebarang terma dicapai dengan Goldman Sachs, ketika beliau meletakkan jawatan sebagai Peguam Negara pada 28 Februari 2020.

Katanya, beliau tidak boleh memberi sebarang kenyataan kerana tidak memiliki semua salinan surat berhubung Goldman Sachs kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Bukan niat saya untuk memanjangkan perkara yang tidak perlu dengan Menteri Kewangan.

"Sebaliknya, beliau harus memberikan sepenuh usaha dan tenaga dalam menguruskan ekonomi negara yang dilanda COVID-19," katanya.

Semalam, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, mendedahkan kerajaan pada Februari lalu berhasrat membuat penyelesaian di luar mahkamah, berhubung tuntutan dana dan aset milik Malaysia daripada bank pelaburan global, Goldman Sachs.

Cadangan itu dikemuka menerusi syor daripada Thomas kepada Perdana Menteri ketika itu, dalam sepucuk surat bertarikh 11 Februari 2020. (BH)

Hibur Hibur Sikit


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails