Monday, June 14, 2010

Parti Seks Diserbu Polis.


PATTAYA: 14Jun 10:Sekumpulan pegawai dan anggota polis antipenyeludupan manusia Thailand melakukan serbuan di sebuah kediaman peribadi di sini semasa satu parti seks melibatkan aktiviti bertukar-tukar pasangan diadakan, lapor Pattaya Daily News semalam.

Polis melakukan serbuan setelah diberitahu bahawa satu perhimpunan seks haram sedang berlangsung di Banglamung di sini semalam. Semasa serbuan, polis menangkap 13 suspek terdiri daripada wanita dan lelaki yang sedang berada dalam keadaan bogel selain merampas enam paket kondom, sebuah telefon bimbit dan pelbagai peralatan perangsang seks.

Pemilik kediaman dan pengendali laman web yang mengundang tetamu ke parti itu ialah Thitphat Watthakawimon yang mengaku kepada polis bahawa dia mengundang orang ramai di laman berkenaan bagi menghadiri parti tersebut.

Kesemua yang ditangkap itu akan didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh dan memiliki peralatan seks secara haram. - Agensi

Komen Blog Ibnu Hasyim:'Perbuatan tidak senonoh' itu juga dilarang oleh agama Islam. Antaranya termasuk membuat perkara-perkara yang boleh mengheret seseorang kepada perbatan zina atau seks tanpa nikah, menurut agama masing-masing. Semua agama benci kepada perbuatan yang tidak senonoh. Manusia perlu kembali kepada agama atau negara berdasarkan beragama.

1 comment:

Anonymous said...

Parti seks mana2 pun HANYA menjatuhkan maruah wanita.

Mana maruah seorang lelaki bila izinkan isteri untuk di kongsi bersama2 kawan?

Parti seks mcm ini -swinging- pun boleh ada di sini bila seks menjadi tujuan hidup.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails