Friday, January 15, 2010

Artis Kumpulan 3 Gadis Jelita 1977 Dicekup Lagi.

Obat malu..


Jan 15, 10 - AMPANG: Tidak serik walaupun pernah dicekup kerana menyalahgunakan dadah, bekas penyanyi berkumpulan wanita popular mengulangi perbuatan sama. Kali ini, penyanyi berusia 29 tahun itu dicekup bersama 14 yang lain di sebuah hotel murah di Bandar Baru Ampang di sini yang dipercayai dijadikan 'port' dadah mereka, malam kelmarin.

Ketika diserbu, penyanyi berkenaan dikatakan cuba menyembunyikan dadah dipercayai syabu dalam loket rantai dipakainya, namun taktiknya dapat dikesan sepasukan anggota Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.Susulan tangkapan itu, polis turut ke sebuah pangsapuri dan menemui pelbagai jenis dadah termasuk sebutir peluru hidup.

Difahamkan, penyanyi wanita terbabit yang turut memakai tatu ditahan kira-kira jam 12.30 tengah malam. Turut ditahan dalam operasi itu ialah pasangan suami isteri, namun pemeriksaan air kencing mendapati wanita terbabit tidak menghisap dadah, sebaliknya hanya menemani suaminya ke hotel berkenaan.

Menurut sumber polis, operasi terbabit yang diketuai seorang pegawai dan sembilan anggota dilakukan selepas menerima maklumat awam yang melaporkan sekumpulan lelaki dan wanita menjadikan hotel murah terbabit sebagai tempat melepaskan gian dan mengedar dadah.

"Susulan maklumat itu, kami menyerbu dan menahan 15 lelaki dan wanita dalam bilik berasingan di hotel terbabit.

"Siasatan mendapati mereka menjadikan hotel berkenaan sebagai markas mengedar dadah dan juga tempat melepaskan gian," katanya.

Menurutnya, operasi itu berakhir kira-kira dua jam kemudian dan semua yang ditahan dibawa ke IPD Ampang Jaya untuk pemeriksaan air kencing.

"Semua yang menjalani ujian air kencing didapati positif dadah, kecuali seorang iaitu wanita yang menemani suaminya," katanya.

Harian Metro tahun lalu pernah melaporkan artis terbabit yang juga seorang bekas penyanyi wanita berkumpulan yang pernah popular pada sekitar pertengahan 90-an diberkas polis ketika masih khayal di sebuah rumah di Kampung Pandan. Ketika ditahan, artis terbabit berada dalam sebuah bilik bersama dua rakan lelaki dan dua wanita dalam keadaan 'lalok' termasuk sebahagian daripada mereka tertidur dan tidak menyedari kehadiran polis.

Serbuan kira-kira jam 4 petang itu dilakukan hasil maklumat orang awam yang memaklumkan sebuah rumah di kawasan terbabit dijadikan markas kumpulan berkenaan menghisap dadah. Semua mereka dibawa ke balai polis untuk menjalani ujian air kencing dan pemeriksaan lanjut mendapati semua mereka positif dadah jenis syabu.

Artis terbabit pernah menganggotai sebuah kumpulan yang terdiri tiga gadis jelita pada 1997 dengan membawa konsep irama dangdut mengundurkan diri selepas berlaku perselisihan faham dengan seorang kakitangan syarikat rakaman selain disebabkan menghadapi beberapa masalah peribadi.

Dia kemudian beralih arah dengan aktif sebagai pelakon dan model sambilan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu tetapi enggan mengulas lanjut kerana masih dalam siasatan. Demikan MyMetro melaporkan.


Komen Blog Ibnu Hasyim: Kes ini adalah kes maruah kerajaan Malaysia yang mengaku negara Islam contoh di dunia. Apakah kerajaan atau mana-mana pihak sudah kehabisan idea untuk menyelesaikan masaalah moral & maruah dalam masyarakat artis? Apakah patut hanya diserahkan kepada polis sahaja? Perkara yang sentiasa berlaku berulang-rulang sepanjang masa? Tidak adakah jalan penyelesaian, atau sengaja dibiarkan...

Nak selesai macam mana, lihat berita ini.. "(Bermula)Sehari sebelum demontrasi NGO Umno bagi membantah penggunaan nama Allah di Masjid Negara 8 Januari lepas, Menteri dari "Parti Pembela Bangsa & Agama", UMNO di Wilayah Persekutuan, Nong Chik Zainal Abidin telah meluluskan rayuan memperbaharui lesen 5 kelab malam. Sebelum ini lesen-lesen kelab berkenaan telah dibatalkan kerana bunyi bising melebihi had..'

Kembalilah kepada penyelesaian menurut Islam..
(AK)

1 comment:

bina badan said...

Dapatkan panduan bina otot badan bagi lelaki supaya anda lebih tough dan macho....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails