Sunday, January 10, 2010

Besarkan Jambatan PAS-PKR.. Tahniah Saifuddin!

Saifuddin, Setiausaha PKR yang baru.

KUALA LUMPUR, 10 Jan: Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail telah dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menggantikan Datuk Salehuddin Hashim.

Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, perlantikan Saifuddin telah diterima dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat parti, semalam. Katanya, pada mesyuarat itu, antara perkara lain yang dibincangkan ialah isu perletakan jawatan setiausaha agung, Datuk Salehuddin Hashim.

“Dengan berat hati, kami menghormati keputusan beliau dan menerima perletakan jawatannya mulai 31 Januari 2010,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini. Bagi pihak parti, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Salehuddin atas perkhidmatan cemerlang beliau sebagai setiausaha agung sejak April 2008 dan juga sebagai setiausaha pengelola dari tahun 2004 hingga 2008.

“Memandangkan masa peralihan yang pendek serta tugas-tugas penting yang perlu dijalankan segera, saya telah melantik Saifuddin Nasution sebagai setiausaha agung baru dan perlantikan beliau telah diterima Majlis Pimpinan Pusat semalam,” katanya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Blog Ibnu Hasyim mengucapkan tahniah kepada Saifuddin, dan suatu pemilihan yang amat tepat dari Presiden PKR, terutama di saat perlunya jambatan hubungan PAS dan PKR diperbesarkan. Tahniah Saifuddin! (AK)

1 comment:

kapten Zero said...

Memang patut yb jadi su Agong pkr, sesuai dan layak dalam menjalani tugas tersebut. Kita perlu orang muda bawah 60an yang belum pencen tentu kuat semangat dan bertenaga boleh kehulu atau kehilir. Kalau diganding dng Kamaruddin Jaafar utk PAS tentu sesuai, dan agenda untuk perintah melaysia pun nampak cerah. apakan daya sekarang dah gelap lagi derita.Pemimpin pas yang cerdik dan berwibawa nak disembeleh dan disekat. Tinggal yang bodoh cap udang,otak sikit lagi senget dan bila2 masa akan ditelan oleh umno malaon-tu .

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails