Friday, January 15, 2010

Kuliah Jumaat Di Dataran Ilmu: Siapa Blog Mengumpat?


KOTA BHARU Jumaat Jan 15 2010: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi mengulangi kritikannya terhadap penulis blog yang lebih dianggap sebagai mengumpat daripada memberi ilmu kepada pembaca, laporan Bernama sebentar tadi.

Kata Tok Guru Nik Aziz, tulisan blog banyak bersifat mengumpat orang lain dengan pelbagai isu dan meminta rakyat menapis maklumat yang tidak mendatangkan ilmu yang disalurkan oleh penulis dalam blog masing-masing.

"Blogger yang macam ini bukan boleh nak tambah ilmu, kerana banyak dok mengumpat orang. Kalau blogger boleh tambah ilmu tak apa," katanya ketika menyampaikan kuliahnya di Dataran Ilmu, di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS menyifatkan penulis blog yang cuba melaga-lagakan pihak tertentu khususnya dalam politik PAS Kelantan sebagai 'blogger celaka'.

Dalam perkembangan lain, beliau mencadangkan pembuat kuih tradisonal di negeri itu mengambil langkah proaktif menukar nama-nama kuih tradisional yang tidak manis didengar, seperti kuih 'tahi itik'.

Katanya, nama baru yang lebih sedap didengar boleh menarik orang ramai membelinya sesuai dengan keenakan kuih berkenaan.

Menurutnya, kalau nama kuih tradisional lain, seperti 'puteri mandi', 'jala emas' boleh dinamakan maka tidak ada sebab kuih 'tahi itik' juga ditukar kepada nama yang lebih sesuai.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Begitulah kreatifnya Tok Guru walaupun kepada perkara yang dianggap kecil oleh sesetengah orang, seperti nama-nama kueh itu. Mengenai blog ini, apakah termasuk blog mengumpat atau tidak memberi ilmu, anda sendiri cuba nilaikan. Sila komen kalau rasa patut komen, walaupun kesannya pahit, tetapi ubat. Terima kasih.(AK)

Ada kaitan..

Tak Boleh Mengumpat?? Lihat Ini..

2 comments:

Shida Rahman said...

Salam Pak Hashim...
Alhamdulillah, blog ini menjadi pilihan dan bahan rujukan saya sekeluarga...teruskan usaha murni pak Hashim, kami sentiasa akan menjadi silent readers dan sentiasa memberi sokongan pada blog ini.. InsyaAllah..

Ibnu Hasyim said...

Alhamdulillah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails