Thursday, January 14, 2010

Siri Tv 'the Valley of the Wolves', M'sia Perlu Dapatkan..

HALAMAN HIBURAN

SEBUAH siri tv Turki telah menimbulkan kembali pertikaian diplomatik Turki-Israel. Siri berjudul "the Valley of the Wolves", mendapat kritikan dan kecaman dari pemerintahan Israel. Dalam episod terbarunya, menampilkan adegan dimana heronya Polat Alemdar melakukan misi penyelamatan seorang kanak-kanak lelaki Turki yang diculik oleh agen Mossad Israel.

Tidak hanya itu, dalam episod tersebut ditampilkan bendera Israel yang berlumuran darah seorang agen Mossad yang ditembak oleh Polat Alemdar. Ketika agen Mossad kedua memperingatkan Alemdar bahawa masa itu dia berada di wilayah asing dan sedang melakukan tindakan jenayah perang, Alemdar menjawab, "Apakah kamu saja yang boleh lakukan?"

Dialog dan kemenangan agen rahsia Turki menjadikan jualan siri itu terus naik di Turki sejak pertama kali ditayang pada tahun 2003. Siri tv ini banyak mendapat kritikan kerana didominasi oleh adegan tembak-menembak, penyiksaan dan kehidupan glamour seorang agen rahsia yang boleh mendorong kanak-kanak melakukan tindakan kekerasan, kononnya.

"Saya percaya team di belakang siri ini secara terbuka adalah perkauman, membela tindakan di luar undang-undang, propaganda dan menggambarkan kekerasan ... dengan cara yang tidak pernah digambarkan Hitler di Jerman atau Mussolini di Italy," kata penulis dan penyair terkemuka Murathan Mungan yang menilai siri tv ini, dari sudut pandangannya.

Namun episod terbaru siri tv "the Valley of the Wolves" ini, jelas telah mengakibatkan ketegangan kembali antara Israel dan Turki. Tetapi duta besar Turki ke Israel mengatakan, "Mengapa pemerintah Israel, yang sama sekali tidak ragu-ragu mengebom kanak-kanak mencari perlindungan di bawah bendera PBB, perlu merasa sangat gelisah dengan siri cerita "the Valley of the Wolves" ini?" katanya dalam sebuah kenyataan .(AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Nampaknya rangkaian-rangkaian tv di Malaysia, negara umat Islam dan negara yang membela hak asasi manusia perlu dapatkan filem tersebut untuk tayangan umum sebagai menyatakan penentangan terhadap kebiadaban dan kezaliman, terutama kepada rakyat Palestin yang tidak berdosa.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails