Thursday, January 14, 2010

Silakan Solat Gerhana Matahari Esok!







KUALA LUMPUR: Fenomena gerhana matahari separa dijangka berlaku esok bermula jam 3.01 petang sehingga 5.38 petang dengan fasa pertamanya berlaku jam 3.01 petang dan mencapai tahap gerhana maksimum jam 4.26 petang.

Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sempena fenomena itu, umat Islam digalakkan menunaikan solat sunat kusuf atau solat sunat gerhana matahari dan disertai khutbah khas gerhana.

Jakim melalui Cawangan Falak mengadakan solat sunat kusuf di masjid utama negara iaitu Masjid Negara, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra, Putrajaya pada jam 3.45 petang.

Aktiviti cerapan diadakan di masjid terbabit dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem), Institut Tanah dan Ukur Negara (Instun), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Mufti Selangor dan Institut Latihan Islam Malaysia (IIim), Bangi, Selangor.

Sementara itu di Ipoh, Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Abu Bakar Hussein meminta seluruh umat Islam di negeri ini khususnya ahli PAS menunaikan solat sunat gerhana matahari, esok.

"Marilah kita mengambil peluang keemasan yang jatuh pada hari Jumaat, esok hari untuk bermunajat kepada Allah SWT agar suasana politik yang tidak tenteram dan tidak aman di Perak dikembalikan dengan rakyat diberikan peluang sekali lagi untuk memilih siapakah kerajaan pilihan mereka, Pakatan Rakyat atau BN," Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Serong, bagi pihak Pesuruhjaya PAS negeri tersebut. (2MA)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails