Sunday, January 10, 2010

Tok Guru Beri Sumbangan Peribadi Kepada Gereja.

Antara beberapa gereja yang dibakar.

KL. 10 Jan 2010: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah memberikan sumbangan peribadi beliau kepada penjaga gereja Metro Tabernacle di Taman Melawati yang dibakar, semasa lawatan beliau ke situ, siang tadi.

Selepas itu beliau terus menziarahi dua gereja sekitar Petaling Jaya, iaitu Gereja St Francis Xevier di Jalan Gasing dan gereja Katolik Assumption, di Jalan Asunta. Di gereja Jalan Asunta, beliau telah berbincang sekejap dengan paderi di situ, Philip Muthu. Di kedua-dua gereja itu, penganut Kristian sedang berada dalam perhimpunan mingguan mereka.

Semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharudin Mat Isa mengunjungi gereja yang sama bagi melahirkan rasa simpati PAS kepada tindakan membakar gereja itu.

Sementara itu, tujuh buah gereja termasuk yang terbaru di Miri, Sarawak, menjadi sasaran cubaan membakar setakat ini, bagaimanapun keadaan adalah terkawal, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini. (AK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails