Monday, January 11, 2010

Ancam Penulis Blog Bukan Kerja Ahli /Penyokong PAS, Kerja UMNO?



KOTA BHARU, 11 Jan 10: Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim percaya insiden tindakan pihak tertentu yang cuba mengancam penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz dengan melemparkan kapak di rumahnya malam tadi itu, tidak dilakukan oleh ahli atau penyokong PAS, kerana mereka mempunyai kefahaman tentang agama.

“Saya juga percaya insiden seperti itu tidak dilakukan ahli atau penyokong PAS ... " katanya di sini.

PAS Kelantan memandang serius dalam kes ini. Katanya lagi, tindakan mahu menjadi hakim sendiri dengan menjatuhkan hukuman terhadap orang lain bertentangan dengan prinsip Islam. Biar pun tulisan blogger terbabit tidak disukai, namun melakukan tindakan kekerasan terhadapnya amat menyalahi agama dan amalan demokrasi.

“Kalau kita tidak bersetuju dengan tindakan seseorang ada saluran dibenarkan undang-undang boleh dilakukan. Bawalah ke mahkamah untuk diadili. Kickdafella dalam blognya mendedahkan rumahnya di Kampung Demit dekat Kubang Kerian dilemparkan kapak kira-kira 11 malam tadi sehingga menyebabkan keretanya rosak.

Menurutnya kapak berukuran hampir 30 sentimeter itu terkena cermin belakang kereta dan terpelanting lebih dua meter. Blogger terbabit sebelum ini mencetus kontroversi apabila mendedahkan dakwaan salah laku membabitkan pegawai kanan di Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Mohd Zaki yang juga Adun Kelaboran berkata, tindakan melemparkan kapak sehingga merosakkan harta benda orang tidak sepatutnya berlaku dalam ketamadunan sekarang. “Kita hendaklah bertindak lebih rasional dan bukannya menggunakan emosi sehingga boleh mengaibkan kita sendiri akhirnya,” kata beliau.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kalau bukan kerja ahli atau penyokong PAS kerja siapa? Ahli atau penyokong rakan PR, atau UMNO/BN?? (AK)

Lihat sebelum ini..

Kapak Terbang Mencariku -Syed Azidi Kickdefella.

1 comment:

Anonymous said...

hahahha yb ni maybe tdo kut atau dalam penafian, wei sedorlah yb bukankah semua penyokong pas alim ulamak belaka, samapai beli kek pon rm650 haha, baham snaa baham sini mcm anak menantu tuh,,, satu utk aku, satu utk mertua kek ajer bukan apa2 pon, mcm mak bapak dia punya duit.......

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails