Monday, January 11, 2010

Penternak Cacing Bagai Cacing Kepanasan


Beberapa pelabur berlegar di depan kilang Kulim Worm Agrotech (KWA) di Kulim, semalam

Berita Harian: Rugi RM30j kerana cacing

KULIM: Terpedaya dengan pulangan sekali ganda dalam 12 bulan melalui skim pelaburan penternakan cacing, kira-kira 3,000 pelabur mendakwa mengalami kerugian RM30 juta apabila penganjurnya menutup operasi dan menghilangkan diri sejak Khamis lalu.

Malah, pejabat penganjur skim itu di Jalan Kilang Lama di sini, dikatakan disita pemilik bangunan awal Disember lalu kerana tidak melunas sewa hampir RM10,000. Difahamkan, lebih 200 laporan polis dibuat oleh pelabur setakat ini. Laporan juga dibuat kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Salleh yang dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada pelabur skim terbabit dan kes itu sedang disiasat. Syarikat itu yang ditubuhkan pada 2008 dikatakan menggunakan Green Millenium Agrotech (M) Sdn Bhd, yang bertindak sebagai penternak cacing bagi pelabur.

Bagaimanapun, syarikat induk itu dikatakan memungut wang pelaburan tanpa pengetahuan Green Millenium. Pengarah Green Millenium, Mohd Faizal Mohd Noor, berkata pihaknya turut membuat laporan polis kerana nama syarikatnya digunakan sejak Julai lalu untuk urusan memungut pelaburan.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Hal ini bukan kali pertama orang ramai ditipu dengan pelbagai skim pelaburan.

1.. Sepatutnya pihak bertanggung jawab perlu mengawasi dari awal lagi, bukan rumah sudah hangus terbakar baru nak kemaskan pihak bomba.

2.. Siasat lagi skim-skim lain seperti ternak lintah, ikan keli dalam kanves dan lain-lain, termasuk projek tanam serai bantuan kerajaan, mengapa pengusaha-pengusaha rugi. Hal ini perlu dicari jalan atasi.

3.. Pihak kerajaan kena bertanggung jawab, menyelesaikan masalah rakyatnya. (AK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails