Tuesday, February 24, 2009

Pembaziran: Mengapa Tak Guna Proton Kalau Benar Iklas?

YB Saifuddin Nasution

Ibnu Hasyim Catatan Santai Dari Parlimen


PARLIMEN ke12, Penggal Ke 2, Mesuarat Pertama Bil. 4 Khamis 19 Februari 2009, menyaksian dialog mengenai pembaziran dan kereta rasmi. Saya petik sebahagian dari perbincangan yang ada kaitan dengan pembaziran..

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [MP BN dari Batu Pahat] sedang berucap, antara sebahagian dari sedutannya:

..... Banyak kes rasuah lambat diambil tindakan tidak ada keputusan. Sebagai contohnya kalau kita lihat pembinaan Kompleks Kastam Kelana Jaya, Projek Penjara Kuching RM165 juta, kes penglibatan pegawai JPA terlibat dalam kegiatan judi. Berhampiran judi haram, berhampiran dengan Balai Polis Sekinchan ataupun sebelum ini kita dengar tentang kes baik pulih SRJK(C) Man Hwa di Kampung Selamat, Kepala Batas. Apa sebenarnya tindakan yang sudah diambil? Kenapa begitu lambat? Termasuklah beli lembu korban 46 ekor RM110 ribu. Lembu korban pun jadi korban.

….. Ini yang menimbulkan kekeliruan. Bila kena dekat kita, kita kata ini amal jariah. Habuan Sik dikatakan sedekah. Semua jadi halal. Janganlah marah bila kena dekat sendiri jangan marah. Akan tetapi saya kata bahawa yang lebih penting ialah bagaimana kita ingin mengatasi masalah pembaziran-pembaziran seperti ini sebab ini soal kewibawaan yang melibatkan soal rasuah dan sebagainya. Sebab itulah Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju bahawa dalam soal pembaziran
bahawa ini kita hapuskan sahaja kaedah pemberian terus sahaja sebab ini sebenarnya yang menjadi ruang berlakunya rasuah ataupun pembaziran dana awam.

Bayangkan RMK-9 ini jumlah yang dibelanjakan ialah sebanyak RM220 bilion. Kalau 1% sahaja yang dibazirkan iaitu sebanyak RM2.2 bilion bayangkan RM2.2 bilion ini banyak perkara yang boleh kita buat. Banyak sekolah yang kita boleh buat sebenarnya termasuklah sekolah-sekolah jenis kebangsaan yang sering dibangkitkan oleh pembangkang ini. Akan tetapi itulah masalahnya setiap tahun ada juga laporan oleh Ketua Audit Negara yang menunjukkan dan membuktikan bahawa pembaziran tetap berlaku. Oleh kerana itu, saya merasakan bahawa ini harus diberi perhatian kaedahnya pembaziran ini termasuklah pembelian kereta Camry di Perak dan di Selangor.

Ini pun tidak telus sekejap RM1 juta kemudian RM2 juta dan lebih malang lagi di Perak,
Gendang gendut tali kecapi,
Jemput makan nasi beriani,
Apalah malang nasibnya diri,
Nizar beli Camry dapat pada Zambri.

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [MP PR dari Machang]: diberi peluang mencelah.

Terima kasih Batu Pahat. Batu Pahat berulang kali sebut berkenaan Camry serta Selangor dan juga Perak. Gegak gempitalah seolaholah itu benda yang cukup besarlah. Apa pandangan Yang Berhormat Batu Pahat kalau saya katakan bahawa Kerajaan Barisan Nasional di Sarawak, Ketua Menterinya deretan Rolls Royce, Timbalan Ketua Menterinya dua orang, kereta rasminya BMW 7 Series. Ex Officio, Pegawai Undang-undang, Pegawai Kewangan, Setiausaha Kerajaan Negeri pula Kompresor, Menteri pula Mercedes. Siapa yang pakai Camry JUSA ‘A’, ‘B’, ‘C’? JUSA sahaja. Jadi saya percaya Yang Berhormat Batu Pahat tidak akan hilang dari sudut sentimen ini bahawa dia boleh bersetuju hal yang berlaku di Sarawak itu tidak patut berlaku.

Rolls Royce ini Ketua Menteri yang ini Menteri Besar ini cuma Camry sahaja. Ketua Cawangan UMNO sahaja pakai sebenarnya tetapi soal rasuah ini, soal rasuah Yang Berhormat Batu Pahat. Apakah Yang Berhormat Batu Pahat boleh, apakah pandangan Yang Berhormat Batu Pahat maksud saya ya, bahawa soal rasuah ini saya bersependapat dengan Yang Berhormat Batu Pahat. Ini adalah bahawa jika sekiranya amalan pemberian ataupun perolehan kerajaan dapat mematuhi pekeliling kerajaan sendiri berkenaan dengan syarat rundingan terus ini.

Di hadapan saya yang akan saya ambil bahagian pada peringkat perbahasan nanti beberapa kes yang menyaksikan bagaimana ketika pemimpin negara sendiri menyebut bahawa rundingan terus tidak boleh lagi menjadi amalan dalam projek-projek besar. Akan tetapi di Kementerian Pertahanan misalnya, kita sudah beli dua kapal selam. Sekarang kita hendak beli pula penyelamat kapal selam itu. Di khabarkan Yang Berhormat Batu Pahat....

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Ya faham sudah tu soalan itu.

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: ...Tender penyelamat ini sahaja RM2.45 bilion itu runding terus.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Okey. Biar saya jawab.

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Bolehkah kita mengambil satu pendirian itu .....

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Biar cikgu jawab anak murid... [Ketawa]

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Sila terima kasih.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Sebab itu Tuan Yang di-Pertua apa pun saya tidak setuju. Saya sebenarnya sebab itu saya kata saya tidak setuju apabila Ketua Menteri
kah, Menteri Besar kah jadikan kereta peribadi sebagai kereta rasmi termasuklah di Selangor itu.

Apa fasal kereta peribadi hendak jadikan kereta rasmi? Ini yang kita kata nanti. Silap-silap wang kerajaan untuk kegunaan maintenance kereta peribadi yang dikatakan kereta rasmi. Lebih buruk lagi kalau rumah sendiri jadi rumah rasmi. Habis kerosakan pijat dan anai-anai semua guna duit, dana kerajaan untuk baik pulih.

Ini bahaya sebab memberi ruang. Bab ini, saya tidak ada kompromi, saya setuju iaitu bahawa kalau kereta peribadi menjadi kereta rasmi, memang tidak boleh. Tidak boleh dibiarkan sebab itu kalau kita marah orang lain buat, kita pun jangan buat. Akan tetapi, isunya apa? Termasuklah runding terus yang disebutkan tadi. Isunya ialah memang ada perakuan tetapi apabila kita tidak ikut peraturan, maka ini jadinya….

KOMEN SAYA: Mengapa kerajaan negeri dan pusat tidak gunakan kereta Proton, kereta kebanggaan negara? Walau apapun alasan, semuanya boleh dirundingselesai. Kerana membeli barangan keluaran Malaysia adalah membantu membina ekonomi negara sendiri. Mengapa rakyat saja diasak supaya guna barang keluaran negara, sedangkan pemimpin-pemimpin bermewah-mewah dengan barangan keluaran luar negara? Di mana keikhlasan mereka dalam membantu ekonomi dan rakyat di negara ini?

Sekian catatan santai di parlimen kali ini. Wassalam.

ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Feb 24, 2009. KL.

6 comments:

HeroHuruHara said...

Setuju jika kesemua negeri dalam Malaysia menggunakan kereta nasional daripada masing-masing membuat pilihan. Apabila diberi pilihan dan membuat pilihan, akan bergelodak nafsu amarah menggesa kepuasan diri diutamakan. Sebagai manusia walau duduk di bawah bumbung parti mana sekalipun apabila diberi pilihan sudah pasti penilaian akan diresapi nafsu amarah. Kecuali yang benar dalam perjuangan memimpin rakyat.

Mohd Kamal Adzrin said...

Salam, saya tertarik dengan isu kereta camry dan proton. Saya memang kurang menyokong kalau kerajaan membeli kereta tempatan. Sebabnya, maintainance terlampau tinggi. Sebagai contoh, bapa sy pernah menukar spark plug kereta perdana dgn kos rm500.. sejak itulah yg saya percaya kos maintainance perdana amat mahal. Kaqlau harganya sama dgn camry, lebih baik beli camry. sebagaimana yg kita maklum,Untuk pengetahuan saudara, jangkahayat kereta toyota lebih lama dan lasak drpd proton. Jd, mana yg lebih menguntungkan kerajaan?

Anonymous said...

Izin saya mencelah....
Kos penyelenggaraan Proton Perdana Model V6 sememangnya tinggi (saya pernah alami). Tak berbaloi untuk mereka yang ingin berjimat. Kekotak gear "sub-standard" dan kos alat ganti yang tak masuk akal.

Ada 2 faktor penyumbang (kos alat ganti yang tinggi)untuk model V6:

1) Pasaran & pengeluaran Model V6 adalah terlalu kecil,mengakibatkan kos pengeluaran kereta dan keseluruhan komponen alat ganti tinggi. Pasaran tempatan sahaja tak mencukupi untuk mengurangkan kos pengeluaran. Tidak seperti Toyota yang kos pengeluaran boleh dikawal dengan peningkatan produktiviti.

2)Pentadbiran Korporat atau "Corporate Governance" Proton yang tak telus. Kaedah penganugerahan kontrak kepada para vendor (pembekal OEM)yang perlu diperkemas. Kelemahan ini boleh mengundang rasuah. Rasuah menyumbang kepada peningkatan kos dan penurunan kualiti.

Produktiviti TAMBAH,kos KURANG!

Kualiti TAMBAH, kos TAMBAH"!

Rasuah KURANG, kualiti TAMBAH dan kos pun KURANG!

Anonymous said...

http://tinyurl.com/camry-atau-perdana

the criteria a car needs to fulfil for serving a position like menteri besar are:-

1. not too small but no need to be too big. just nice enough for them to stretch a bit here and there during long trip travel.

2. sufficient engine power for long distance travel. small engines are not suitable for long ditance drive. it will stress them out.

3. highly reliable and low on maintenance.


the reason why camry 2.4 was chosen is that

1. it cost same price as PV6 executive. (abt 160-170K)
2. it maybe shorter than PV6E but higher roof line with comfortable rear legroom
3. its engine is 2.4, more powerful than PV6 2.0 litre.
4. with a 4 cylinder engine, repair cost is likely lower (4 pistons vs 6 pistons, 1 head gasket vs 2 head gasket, 16 valves vs 24 valves)
5. its service maintenace is also lower
- 10,000km engine oil change vs 10K for PV6 also
- 4 spark plugs vs 6 spark plugs
- ATF change at 80,000km. 40,000km for heavy duty use. PV6 every 20K
- coolant change every 80K, PV6 every 20K
- PV6 need timing belt change every 100K, camry's timing chain will go at least 400,000km before need to be replaced.

6. it has a 5 star rating of body structure safety. toyota's GOA has a higher standard than any country regulations in the world (Euro NCAP included)
7. PV6 has ABS. camry 2.4 has ABS, twin airbags, EBD, VSC, traction control.
8. camry has VVTI for optimised engine performance and increased economy
9. PV6 has fog lamps. camry has fog lamps, projector type headlamp and non-glaring HID as standard.
10. PV6 has 2 yrs or 50K warranty. toyota gives 3 yrs or 100K warranty for all its models. (not extended using insurance coverage or whatsoever)

need i say more?

Anonymous said...

'Walau apapun alasan, semuanya boleh dirundingselesai'. Saya yakin itu. Runding antara kerajaan dengan syarikar Proton. Tiada orang tengah, servis, dll. boleh jimat kos. Saya dengar Kelantan mengarahkan YB-YBnya pakao Proton. Kerajaannya guna Bank Islam.

Kalau kita tak mau tolong negara, dan agama sendiri, siapa lagi? Sikap ini yang wajib ada pada pemimpin.

an-namirun said...

salam muhibah,

Tuan ibnu hasyim dan saudara-saudara komentar..

Saya ada pendapat mengenai isu kenderaan rasmi ini dan saya amat setuju penggunaan Proton sebagai kenderaan rasmi kerajaan persekutuan dan negeri. kita melihat bahawa dengan usaha kerajaan untuk menggunakan Proton akan memangkin peningkatan laba Proton secara tidak langsung. Ini kerana, sebagai pemimpin, tak banyak sedikit, rakyat akan perhati, insafi dan ikuti setiap langkah yang kita ambil. Walaupun banyak kita mendengar komen negatif tentang Proton ini(menyeluruh)tetapi Proton tetap Proton, yakni kenderaan untuk rakyat Malaysia. Sebenarnya, Proton dicipta dari rakyat untuk rakyat. kalau boleh saya kupas isu semasa mengenai kenderaan ini agak terlalu berjela, saya suka untuk beri inferensnya saja, mana-mana Kerajaan, agensi-agensi dibawahnya dan badan-badan terlibat yang lain, gunalah Proton, itu kenderaan dan lambang kemasyuran kita. Tentang kos selenggara dan sebagainya, ia boleh dibincang atau pinda mana-mana akta yang perlu supaya Proton memberikan 50% diskaun untuk kenderaan pemimpin negara dan negeri meliputi kos pembelian dan penyelenggaraan. Logiknya, kenderaan untuk pemimpin-pemimpin ini adalah digunakan untuk rakyat, dimana sebagai contoh, hadiri persidangan dan majlis rasmi, melawat kawasan dan sebagainya. Proton tak akan rugi, jangan khuatir. Seharusnya Proton sedar, sudah banyak dana dari kerajaan untuk pembangunan Proton. Seharusnya semasa terbangkit isu yang menjerat Proton seperti ini, Proton harus tampil menanyakan opsyen yang bagaimana yang pihak berkenaan mahu kan. bukan tak kesah, mereka mahu pakai kereta apa, lantak pi! mungkin tak salah saya cuba selitkan satu lagi cadangan saya yang mungkin agak keras, mansuhkan semua kenderaan import dan perluaskan penggunaan kenderaan negara.
"Proton takkan rugi,
Kalau bagi Diskaun tinggi,
Proton takkan rugi,
Rakyat pasti beli."

dari saya makmum muda.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails