Thursday, February 26, 2009

PAS-UMNO (Islam-Nasionalis) Di Pakistan & Palestin Mulai Berdamai..

Kami mahu undang-undang Islam! Kami mahu damai! -Penduduk Lembah Swat .

Ibnu Hasyim Catatan Santai

“PAS dan UMNO di Pakistan dan di Palestin dah mula berdamai!” Seseorang memberitahu saya melalui telefon semalam.

Ya, Saya tahu. Berita dari Pesyawar Pakistan, Selasa 24 Februari… Kelompok pro-Taliban di Pakistan, bersedia ‘damai’ melalui gencatan senjata untuk jangka waktu yang tidak terbatas dan mahu membebaskan tahanan. Kelompok itu menerima gencatan senjata setelah pemerintah menyetujui perlaksanaan syariat Islam khusus di Lembah Swat. Kelompok gerila pro-Taliban di Lembah Swat yang dipimpin Maulana Fazlullah itu memperjuangkan syariat Islam selama dua tahun terakhir.

Lapan hari lalu, pemerintah Pakistan telah bersetuju melaksanakan syariat atau hukum Islam sebagai satu-satunya aturan hukum di Lembah Swat. Gencatan senjata tidak terhad itu merupakan gencatan senjata tetap untuk mengganti gencatan senjata yang berlaku sementara selama 10 hari. Mereka juga membebaskan tiga orang sebagai bukti ‘niat baik’, dua di antaranya adalah ahli politik. Pemerintah tempatan menyambut baik gencatan senjata itu kerana menganggap langkah itu sebagai perkembangan positif dan membuka peluang perdamaian abadi.

Walaupun penduduk tempatan bergembira atas kesepakatan tersebut, tetapi bagi AS, Eropah, Afganistan, dan India merasa bimbang dengan perlaksanaan undang Islam itu kerana ianya akan menyuburkan gerakan kelompok perlawanan di wilayah Barat Laut Pakistan yang selama ini menjadi .’markas’ Taliban dan Al Qaeda. Demikian menurut REUTERS/AFP/LUK. Begitu juga di Palestin, dikatakan kumpulan HAMAS menyambut baik untuk menghentikan perbalahan dengan FATAH dari PLO (Pertubuhan Pembebasan Palestin) semalam (Lihat berita di TV semalam).

Kalau di Malaysia PAS (Parti Islam Se Malaysia) adalah gerakan berpaksikan Islam, dan UMNO (United Malay National Organization) adalah berdasarkan perjuangan kebangsaan Melayu. (Sila undang-undang tubuh kedua-dua parti). Kalau di Lembah Swat Pakistan, kumpulan pro-Taliban adalah kumpulan Islam yang puluhan tahun menentang pemerintah nasionalis Pakistan. Begitu juga di Palestin HAMAS yang perjuangkan Islam tulin sentiasa dihalangi oleh kumpulan nasionalis Arab termasuk Fatah dari PLO yang asalnya pimpinan Yasir Arafat. Pertentangan antara Islam dengan nasionalis ini sentiasa berlaku sepanjang sejarah.

“Kalau PAS di Pakistan dan di Palestin, sudah mulai ke meja rundingan dengan UMNO di sana, ada ke ruang perundingan seperti itu boleh dilaksanakan di Malaysia sekarang?” Saya tanya pendapat dia.

“PKR dan DAP nak letak di mana?”

“Kan UMNO pun ada rakan kongsi, seperti MCA, MIC dan segala macam! Sama le. Kalau UMNO setuju negara Islam, tentu PAS mahu. Kan UMNO pun selalu cakap pasal Islam?” Saya jelaskan.

“Kalau sama-sama setuju negara Islam, orang bukan Islam nak buang ke mana? Mereka sudah tentu tolak negara Islam!”

“Cara berfikir engkau kena betul.” Kata saya. “Kalau DAP yang dikatakan amat tebal perkaumannya boleh kawan dengan PAS yang keras nak ‘negara Islam’, takkan le UMNO tak boleh motivasi parti-parti gabungannya. Tak pernah saya fikir kerajaan pimpinan DAP nak ‘amal makruf nahi munkar’ macam Khalifah Umar Abdul Aziz! Tapi hal ini boleh terjadi. Kalau ada negara Islam, mengapa nak buang orang bukan Islam? Cara berfikir kamu, sudah berunsur kepengganasan! Negara Islam bukan nak buang atau bunuh orang bukan Islam,

tetapi WAJIB melindungi orang bukan Islam. Ada hak istimewa orang bukan Islam dalam negara Islam!”

Orang Islam pun tak faham agama sendiri, apa lagi orang bukan Islam, kecuali orang bukan Islam yang cerdik? Sekian catatan santai kali ini.

ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Feb 26, 2009. KL.

Sila lihat tulisan berkaitan: Saturday, April 21, 2007 Strategi PAS Perintah Malaysia...

1 comment:

Anonymous said...

KALAULAH saya menantu Pak Lah yang "tak campur politik" dan setiap hari duduk makan semeja dan berjemaah dengan dia, dah lama ego Pak Lah dan Jeneral-jeneral UMNO saya tanam kat bilik kebal basement Seri Perdana. Di Kiri dan Kanan jalan Precint 10, berbarislah segala Chief Cawangan & Bahagian menyambut rombongan meminang Nik Aziz, bakal bapa mertua nombor dua saya! Itu pun KALAU Nik Aziz & PAS sanggup buang ego dan adat bila pihak anak dara meminang suami orang! 60% kerusi sah hak Melayu. Tolak tak rebah.

Najib ada anak dara?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails