Wednesday, February 25, 2009

Mengapa Dengan Foto Bogel Ini?

By ASYOK KUMAR

BERKAIT dengan foto isu Eli Wong ADUN Bukit Lanjan, cuba lihat dua gambar aksi bogel ini. Dikatakan ini adalah artis terkenal Indonesia Sandra Dewi. Tetapi dia membantah, itu bukan dirinya, cuma seingat dia pernah difoto dengan memakai bondu putih seperti itu waktu di Mall, tetapi dengan pakaian lengkap. Anehnya kemudian tersebar fotonya dengan pos telanjang.

Dan ternyata kemudian baru diketahui di mana foto tersebut, badannya milik orang lain , tetapi kepalanya milik Sandra Dewi. Dengan menggabungkan kedua foto tersebut melalui teknik kepiawaian pembuat foto, jadilah foto Sandra Dewi yang menjijikkan. Kerana foto, asalnya adalah suatu alat bagi seseorang untuk mengabadikan sesuatu, dengan mengambil gambar sesuai dengan yang aslinya.

Di badan lembu ini ada peta dunia, aslikah gambar lembu ini?

Tetapi sekarang seiring dengan perkembangan teknologi digital, ditambah dengan perkembangan computer, membuat kita dibuat jadi susah hendak membedakan mana yang asli dan mana yang bukan. Mungkin inikah yang terjadi pada Eli Wong itu, ADUN Bukit Lanjan EXCO Selangor itu? Tetapi dia sudah mengaku gambar tersebar luas itu gambarnya, gambar dia sedang tidur. Tetapi mungkinkah yang tersebar atau akan disebar, bahkan menurut pihak polis ada tambahan VCD lagi, boleh jadi gambarnya yang ditambah-tambah?

Lihat lagi foto-foto dibawah ini sebagai contoh gambar yang ditambah-tambah. Maka kita kena jaga, supaya jangan sampai pemimpin yang kita sayangi, atau gambar kita atau kaum keluarga sendiri diekploitasi, sehingga yang kawan jadi lawan, bergaduh suami isteri, minum yang halal pun nampak macam yang haram. Walaupun ini sebagai catatan ringan, tetapi ianya sebagai suatu peringatan supaya kita berhati-hari melihat, mendengar, mempercayai atau menyebarkan sesuatu maklumat atau berita..

13 comments:

Anonymous said...

Saya dah nak naik loya dengan sandiwara arahan Anwar lakonan Eli tu. Akai Anwar celah kangkang Eli...ooppss! Terlebih pulakss.

Dengar kata shooting video dah selesai. Cuma terlewat banyak sebab banyak babak kena 'CUT' si pengarah. Kalau terlebih 'CUT' jadi drama RTM le pulak.

Shahabudeen Jalil said...

hmm... sandiwara Anwar ? tolong huraikan sket... aku masih kurang jelas.. terima kasih.

Anonymous said...

Saudara Shahabudeen,
Tak perlu dihuraikan...kita tunggu video apa nak keluar nanti.

Kalau label "U" bermakna sandiwara semasa. Sesuai untuk tontonan Umum di TV3.

Kalau "18SX", saya tabik spring kat Eli! Saya nak order satu!

Kalau setakat gambar Eli yang 2 keping tu, gambar kat posting Pak Hasyim ni lagi lebih dedahnyer.

Kita nantikan pra-tonton video itu.

Wasallam...

Anonymous said...

tolong la cabut gambar lucah ni..

Shahabudeen Jalil said...

Aiseh.. kalau kena tunggu tak syok la.. nak tau awal2.. hehe..

pening aku dgn politik mesia skg nie... hehe.

Anonymous said...

OK. Sebelum saya dibawa ke balai untuk memberi keterangan (biasalah kat negara ni siapa ada maklumat kena pi balai dulu..penyangak sebenar dah sempat lari keluar negara), ingin saya tegaskan bahawa saya TIADA sebarang BUKTI. Tak perlu buang wang petrol Patrol Car( wang rakyat) untuk ambil saya.

Saya hanya berpandukan beberapa dalil yang tidak sah seperti berikut:-

1) Motif:
Memancing undi simpati Rakyat Atas Pagar (RAP). Banyak kekosongan kerusi sekarang. RAP pun semakin bertambah berikutan dilemma Istana, isu katak, isu Lembu Korban, isu Freemasons dan faktor kekecewaan rakyat yang terlalu ramai hilang kerja dan bisnes lingkup.

2) Pemilihan pelakon/Casting:
Eli amat sesuai kerana beliau seorang pemimpin wanita kaum Cina yang disegani dari PKR dan boleh menjadi sasaran panas media. Wanita yang rautnya begitu "naive & decent" berkacamata bingkai tebal seperti seorang doktor pakar sakit puan yang amat sesuai untuk watak wanita yang mudah dianiaya. Wanita-wanita "besi" PKR lain tidak layak kerana kurang kelembutan di samping kesemuanya sudah bersuami.Beliau mesti mampu menangis di khalayak dan mampu membawa RAP menangis bersama kerana simpati (sudah terbukti, sila lihat video Anugerah e-Skrin).

Pelakon lelaki pula seorang yang Melayu Islam yang kacak (tiada lelemak lebih di perut), rokok sentiasa di jari, maskulin dan memenuhi ciri-ciri "playboy" Melayu yang akan menjerat seorang wanita berkerjaya iaitu Eli. Beliau dinasihatkan menghilang diri ke luar negara kerana kes seremeh ini tidak akan ingin dicampuri Interpol.

Dua watak utama berbangsa Melayu dan Cina digabungkan untuk memancing simpati dua kaum majoriti. Pelakon India tidak diperlukan kerana Eli seorang kekasih yang 'setia' di ranjang dan bukannya seorang "orgy".
"Casting" yang sempurna mungkin dilakukan oleh pengarah berpengalaman setaraf rakan seperguruan saya Syed Azidi (sama-sama belajar teater dengan Cikgu Samad Salleh). Harap beliau tidak terlibat.

3) Perkara pertama yang keluar dari kenyataan media Eli (lihat video)ialah beliau mangsa keadaan dan konspirasi BN. Beliau juga sentiasa memandang skrip yang disediakan pakar skrip dan bercakap bukan dari hatinya.

4) Seorang "playboy" Melayu Islam tidak akan menunjuk gambar berzina dirinya dengan seorang wanita kafir dan menghebahkan foto atau video kelakuan zinanya kepada khalayak kerana ia akan memalukan keturunannya sampai bila-bila. Seorang "playboy" Melayu hanya akan meminta wang untuk servis dan hanya akan mengugut bila bayaran tidak dipenuhi namun tidak akan menonjolkan diri sedang berzina kerana ianya hanya akan merosakkan "periuk nasi" nya sendiri dan akhirnya dihukum di mahkamah Syariah. Bezakan zina dan khalwat!

5)Seorang wanita Cina yang sopan tidak akan mengumumkan perlakuan seks luar nikahnya dengan seorang lelaki Melayu Islam kerana beliau akan dicerca kaum keturunannya. Setakat ini beliau hanya mengaku bekas kekasihnya dan tidak pernah mengaku melakukan seks luar nikah dengan bekas kekasih tersebut. Beliau juga tidak akan sesekali berani mengambil risiko untuk memeluk Islam (dasar cinta atau seks)kerana ini akan merosakkan populariti politiknya sebagai pembela kaum Cina Kafir (bukan Islam).

6) Semua pelakon dan pengarah hanya dari PKR (tidak dari PAS,UMNO,MCA,MIC dan DAP)kerana pucuk pimpinan PKR sudah tiada maruah!

7) Video "XXX" sahihnya penzinaan dan tenggelamnya musyaaf tidak akan disebarkan kerana faktor 4 & 5 di atas. Kalau ada pun cuma aksi-aksi peluk-cium-raba ringan yang biasa kita lihat di TV3 lakonan Fasha. Sesetia mana pun Eli dan kekasih Melayunya kepada Anwar, takkan tergamak menyebar video zina sendiri! Buat malu kaum.

8) Sekiranya video tersebut bukan plot Anwar tetapi konspirasi BN, sudah tentu dah lama berada di pasaran! Lihatlah video Chua Soi Lek yang dah lama berada di pasaran sebelum beliau sedari.

Saya minta saudara Shahabudeen Jalil (mungkin saudara dari Bukit Aman) siasat mereka atas akta pengaduan palsu (bukan saya). Walaubagaimanapun Eli akan terlepas kerana kejadian mimpi basah semasa nyenyak tidur manalah dia nak tahu! Kekasih-kekasihnya ler yang teruk kena soal siasat sampai takkan berani balik Mesia.

Hang memang tera Nuat noooo...! Akai celah kangkang Eliza.

Sekian dalil-dalil tidak sah saya.

Anonymous said...

bila RTM atau TV3 nak siar video eli ? Ada atau tak ada ?

Video wan norazlin, pramugara melampau, menteri terlampau dan yg terbaru bilik x-ray semua sudah masuk panggung. video eli bila lagi ?

Anonymous said...

Salam kepada Tuan Tanah yang saya dihormati, Long Hasyim.

Saudara Norman,

Tak usah ditunggu video XXX yang takkan wujud tu! Bidaah jer tu.
Bila penonton dah mula bosan dengan pengarah tu dan pilihanraya kecil dah semakin hampir mungkin lah keluar sikit adegan ringan dan kabur tak kenal rupa. Mungkin juga rakaman Mat Bangla diurut PATI China Doll dirakam camera VGA yang kabur mabur! He..he..he.

Kalau benar ada video XXX tu dan jelas (setidak-tidaknya guna camera 2 Megapixel di bawah pengcahayaan cukup)...saya akan paparkan gambar 3 kali tabik spring saya kepada pengarah, aktor & aktres sebagai tanda penghormatan.

HeroHuruHara said...

Bro Zaidi,

class beb !!!
huraian yang menarik
ada anologi yang logik

kalau dibaca dan difaham...

watak antagonis masa sekarang ialah BN. PKR khususnya akan jadi protagonis.

klimaks cerita hanya akan terurai semasa pilihanraya kecil 3 bukit 1 batang. Kemedian akan ada 'flash future' karenah perundangan untuk kes di Perak..melarut ke kes lembu..dan sampai patah balik kepada kes XXtantXXa..

wuiihh mengkala ada modai masa ni buat FILEM boley laku juta-juta...
ambik pelakon yang terkenai lagi pun boleh laku tiket !!!

Anonymous said...

Salam Tuan Tanah,

Kalau nak buat filem, Hero boleh jadi Hero. Heroin kita ambik Teresa Kok. Filem bertajuk Pengorbanan Teresa. Pak Hasyim mestilah penerbit. Syed Azidi sebagai pengarah dan saya sebagai Tukang Sembelih pun takpe. AJK Makan pun takpe. Kurang sikit subahat.

Asalkan lembu-lembu dari Selangor itu dikorbankan untuk orang Islam di Hari Raya Korban takkan jatuh hukum Haramnya.

Sesiapa boleh minta SPRM siasat TV3kerana hantar beratus ekor lembu korban ke Darfur? Dari segi syarak tak haram...pahala adalaa...Kalau Pak Lah kata haram ikut kitab Hadhari tak tahu ler plak!

Pak Lah bila nak mai Pulau Betong? Boleh kita pi memukat senangin!

Anonymous said...

Ada yang cadang supaya cabut gambar bogel di atas. Cuba pikir-pikir balik, baik atau tidak?

Kalau cabut gambar tu, tak samapai maksud penulis apa yang dia nak sampaikan..

Jadi kena buang semua la. Saya rasa tak payah cabut la! Bagi can la kali ni. Lain kali jaga-jaga.. Itu pandangan saya.

Anonymous said...

Apa kata kita bayangkan awek tu sebagai anak lembu yang tak pakai baju. Lagi pun saya langsung tak terangsang tengok gambar tu!

Anonymous said...

Ha ha ha...

Bagus tu zaidi!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails