Friday, January 20, 2017

Dera Seks Libatkan Kelab Bola Sepak Britain..


Hasil carian imej untuk Polis siasat penderaan seks libatkan bola sepak Britain Andy Woodward 
SUKAN
LONDON – Polis Britain yang menyiasat dakwaan pencabulan seksual kanak-kanak meluas di kelab-kelab bola sepak sejak dari tahun 1970-an semalam berkata, bahawa pihaknya mengenal pasti 184 suspek berpotensi dan 526 mangsa.
Pihak berkuasa berkata, beberapa sukan lain juga dikaitkan dengan skandal seks itu.
Polis melancarkan siasatan selepas bekas pemain bola sepak, Andy Woodward mendedahkan pada November lalu bahawa dia telah dicabul semasa kanak-kanak oleh seorang jurulatih pasukan bola sepak remaja.
Dakwaan Woodward mendorong lebih ramai bekas pemain bola sepak profesional untuk tampil membuat pengakuan serupa.
Setakat ini, sebanyak 1,016 kes pencabulan sukan telah diserahkan kepada pasukan detektif khas oleh sebuah yayasan perlindungan kanak-kanak dan pihak polis
“Bilangan mangsa kini seramai 526, meningkat daripada 350 orang pada bulan lalu bersama 126 suspek,” kata polis dalam satu kenyataan.
Majlis Ketua-Ketua Polis Nasional berkata, sebanyak 248 kelab bola sepak telah dikaitkan dengan skandal seks itu termasuk beberapa pasukan Liga Perdana Inggeris dan kelab amatur, namun bukan semuanya disiasat oleh polis.
Menurut polis, 22 kes yang dirujukkan itu pula mempunyai kaitan dengan sukan lain termasuk ragbi, gimnastik, seni mempertahankan diri, tenis, gusti, golf, kriket dan renang.
“Dakwaan pencabulan seks pada masa lalu adalah rumit dan memerlukan kemahiran serta pengetahuan khas. Siasatan pula akan mengambil masa yang panjang.
“Namun, polis telah bertindak atas semua dakwaan dan maklumat yang diterima,” kata ketua unit perlindungan kanak-kanak polis Britain, Ketua Konstabel Simon Bailey. – Reuters

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails