Saturday, January 01, 2022

Radar pasukan keselamatan M'sia kesan bot nelayan Filipina karam..

 

Keadaan sebuah bot nelayan Filipina yang karam di perairan sempadan Malaysia. NSTP/Ihsan ATB Dua

Bot nelayan Filipina karam dikesan, kru diselamatkan

SANDAKAN: Radar pasukan keselamatan negara berjaya membantu mengesan sebuah bot nelayan Filipina yang karam di luar sempadan perairan Malaysia, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.50 pagi, seramai 11 awak-awak dan tekong bot, warganegara Filipina diselamatkan hasil maklumat yang disalurkan petugas keselamatan Angkatan Tugas Bersama Dua (ATB 2) kepada pasukan keselamatan Filipina.

Komander ATB Dua, Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad, berkata sebelum kejadian berlaku kebocoran di bahagian badan bot kerana pukulan ombak yang kuat.

Katanya, Pegawai Bertugas Pusat Operasi Wilayah Bersama (POWB) berpusat di MK ATB Dua bertindak menyalurkan maklumat berkenaan kepada Pegawai Staf Dua Udara Malaysia Maritime Command Centre (MCC) untuk tindakan dan pengesahan maklumat.

"Malaysia MCC kemudian bertindak menyalurkan maklumat berkenaan kepada Philippine MCC untuk menyelaras operasi menyelamat luar sempadan perairan Malaysia.

"Bot yang didaftarkan sebagai ML RIHANA itu karam di kedudukan 2.3 batu nautika dari Timur Laut Pulau Bakungan Kecil.

"Pada jam 10.50 pagi, operasi menyelamat dilaksanakan oleh Pasukan Marin Filipina dari Pulau Taganak," katanya dalam satu kenyataan, hari ini

Abdul Karim berkata, kejayaan itu membuktikan fungsi radar turut menjadi penentu kepada kejayaan sesebuah operasi.

"Kejadian turut membuktikan sistem radar milik ATB Dua memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan operasi dan keselamatan sempadan perairan pantai timur Sabah berada pada tahap tertinggi," katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, bantu-membantu tugas negara berjiran.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails