Wednesday, January 04, 2017

Banjir Rantau Panjang: Ikut Nasihat Pihak Berkuasa. -Siti Zailah.




RANTAU PANJANG: Bilangan mangsa banjir di Rantau Panjang meningkat kepada 2,473 mangsa sehingga jam 10 pagi tadi. Semua mangsa ditempatkan di 16 pusat pemindahan banjir selain menumpang di rumah saudara terdekat.

Anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berkata ekoran keadaan banjir di kawasan itu semakin meningkat, beliau mengingatkan mangsa mengikut nasihat pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

"Bagi yang tinggal di kawasan rendah diharapkan lebih berhati-hati.
"Kalau pihak keselamatan arah berpindah, berpindah segera," ujarnya.

Beliau berkata hujan masih belum reda khususnya dalam tempoh tiga hari ini. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau Empangan Bukit Kwong, Kampung Tandak dekat sini. 
Empangan berkenaan juga didapati air semakin melimpah berbanding tahun lalu.

Terdahulu Zailah menziarahi magsa banjir yang dipindahkan di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi, Sekolah Kebangsaan Kubang Kual, Sek Men Agama (A) Lati, Sek Keb Kampung Baru dan beberapa tempat perpindahan lagi. 
Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir berupa makanan dan keperluan harian.

Kepada yang ingin menyumbang orang ramai boleh menyalurkan kepada akaun Bank Islam Malaysia (03027010039774) atau May Bank (553065005848) atas nama Pusat Khidmat Parlimen Rantau Panjang.

Beliau turut menaiki bot sek kebangsaan Lubok Setol Dun Gual Periok untuk meninjau perkembangan banjir di sana. – HARAKAHDAILY 3/1/2017


PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat..

1 comment:

Anonymous said...

Tahniah YB kerana anda melakukan tanggungjawab dengan baik. Nak tanya sikit...MB ada melawat sama? Tak ada pulak terlihat gambar2 atau berita tentang MB turun padang. Yang ada berita tentang MB adalah janji nak tolong Red Warriors main bola.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails