Thursday, January 05, 2017

Korea Selatan Teruskan Projek Pertahanan THAAD


Hasil carian imej untuk Projek Pertahanan THAAD
SEOUL – Korea Selatan nekad untuk meneruskan projek sistem pertahanan peluru berpandu Amerika Syarikat pada tahun ini walaupun menerima tentangan hebat daripada China, kata Menteri Pertahanan semalam.
Seoul dan Washington bersetuju untuk membina sistem Kawasan Pertahanan Terminal Altitud Tinggi (THAAD) di Korea Selatan selepas siri pelancaran nuklear dan ujian peluru berpandu yang dilakukan oleh Korea Utara.
“Pembangunan THAAD merupakan sebahagian usaha kami untuk meningkatkan pertahanan selepas menerima ancaman daripada Korea Utara.
“Ini bukan satu kepentingan politik,” kata Menteri Pertahanan Korea Selatan, Han Min-Koo semasa satu pertemuan dengan Perdana Menteri, Hwang Kyo-Ahn yang kini dilantik sebagai pemangku Presiden.
Sebelum ini pemimpin Parti Demokratik berkata, pihaknya akan mengkaji semula pembangunan sistem pertahanan jika mereka memenangi pilihan raya yang akan datang.
Pada masa yang sama sekumpulan Ahli Parlimen Korea Selatan dijadual terbang ke Beijing untuk bertemu dengan Menteri Luar China, Wang Yi dan beberapa pegawai kanan lain.
“Mereka akan menyampaikan hasrat kami kepada China bahawa isu THAAD perlu di­serahkan kepada presiden baharu kelak,” kata seorang pemimpin Parti Demokratik, Woo Sang-Ho.
Pilihan raya Presiden Korea Selatan bakal diadakan pada Disember 2017 selepas bekas Presiden negara itu, Park Geun-Hye digantung tugas oleh Mahkamah Perlembagaan berikutan skandal salah guna kuasa.
Sementara itu, Beijing menegaskan bahawa THAAD akan menjejaskan kepentingan keselamatan di rantau itu dan meningkatkan risiko terhadap pasukan tentera yang bertugas di wilayah bergolak. – AFP
PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails