Friday, January 06, 2017

Banjir: K'tan Tambah RM100,000 Lagi -Mumtaz Md Nawi




KOTA BHARU: Kerajaan negeri meluluskan peruntukan tambahan RM100,000 lagi untuk membantu mangsa banjir di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat, Mumtaz Md Nawi berkata, bantuan tersebut diberikan dalam bentuk keperluan makanan.

Katanya, antaranya beras, sardin, gula dan keperluan sampingan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan sumbangan kepada kakitangan sokongan kerajaan negeri di Kompleks Kota Darul Naim.

“Dalam mesyuarat Exco hari ini (kelmarin), kerajaan negeri telah meluluskan RM3,000 untuk setiap Dun.

“Sebarang keperluan tambahan kita akan bincangkan berdasarkan keadaan semasa,” katanya

Mumtaz juga memberitahu, kerajaan negeri sebelum ini telah menyalurkan RM300,000 untuk persediaan bekalan makanan di semua pusat pemindahan seluruh Kelantan.

“Makanan di pusat pemindahan kerajaan negeri yang bantu. Kerajaan Pusat pun sama-sama membantu untuk keperluan asas lain,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga memberi penekanan supaya persediaan banjir di setiap kawasan yang jarang ditenggelami banjir perlu dilakukan lebih awal.


“Tolonglah pindah awal. Saya terima aduan ada penduduk yang degil, tidak mahu berpindah sehinggakan pihak keselamatan perlu memujuk pada waktu lewat malam,” katanya. – HARAKAHDAILY 6/1/2017

PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails