Thursday, January 05, 2017

Datuk Ditahan SPRM Bersama Wang Tunai, Jongkong Emas RM3 Juta.


 Wang tunai dan jongkong emas bernilai RM3 juta antara yang dirampas dalam operasi SPRM ketika menahan KSU bergelar Datuk dan seorang lelaki lain, pagi Rabu.
PETALING JAYA: Dua individu termasuk seorang ketua setiausaha (KSU) bergelar Datuk ditahan bersama wang tunai dan jongkong emas bernilai kira-kira RM3 juta yang dirampas dalam operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), awal pagi Rabu.
KSU sebuah kementerian berusia 59 tahun itu ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan rasuah dan salahguna kuasa.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, pegawai kanan itu dipercayai menyalahgunakan jawatan dan kedudukannya dengan menerima rasuah daripada mereka yang berkepentingan.
"Turut ditahan seorang lelaki berusia 29 tahun yang dipercayai berperanan menerima serta menyimpan wang hasil rasuah daripada kontraktor, pembekal dan vendor yang mempunyai kepentingan dengan KSU terbabit," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, petang Rabu.
Azam berkata, KSU berkenaan ditahan di sekitar Subang Jaya kira-kira pukul 8 pagi Rabu. Setakat ini, kedua-dua individu terbabit masih berada di ibu pejabat SPRM, Putrajaya untuk siasatan lanjut. (IH)
PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat..


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails