Friday, October 23, 2015

Dr M Kalah Akhirnya, Tak Mampu Singkir Najib...

Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya mengakui bahawa peluang untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum pilihan raya umum 2018 adalah tipis, walaupun dengan perhimpunan 'kuasa rakyat'.
Negarawan berusia 90 tahun itu, yang menerajui Malaysia selama 22 tahun, telah berulang-kali mendesak Najib supaya berundur kerana terpalit dengan dakwaan rasuah dan salah urus menggunakan dana syarikat pelaburan negara 1MDB.
Bagaimanapun menurut Mahathir, sebahagian besar wakil rakyat Umno melindungi Najib dan beliau membidas mereka kerana tidak berani bersuara.
"Semua mereka takut dan jaga kepentingan sendiri. Mereka tidak jaga parti, negara. Semuanya mengenai diri mereka sendiri," katanya kepada Reuters semasa wawancara diadakan di pejabatnya di Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur.
"Cara bergerak menunjukkan dia (Najib) mahu menghabis penggal penuhnya. Cara ahli Umno menerimanya kerana mereka mendapati selesa untuk bersamanya, saya fikir dia boleh menghabiskan penggal penuh."
Mahathir pernah menyokong Najib tetapi bertukar terhadapnya pada tahun 2013 dengan mengkritik dasar-dasar ekonomi kerajaan dan sikap ramahnya dengan barat.
Bekas perdana menteri itu menuntut Najib berikutan laporan pada Julai lalu yang mendakwa penyiasat yang meneliti dakwaan salah laku 1MDB mengesan wang AS$700 juta (RM2.6 bilion) disalurkan ke akaun bank peribadi Najib.
Perdana menteri bagaimanapun menafikan mengambil apa-apa wang untuk kepentingan peribadi.
Lihat sebelum ini.
E-Buku IH-105: 'Saya tidak akan turun!' -PM Najib Tegas.
E-Buku IH-105: 'Saya tidak akan turun!' -PM Najib Tegas.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails