Sunday, October 18, 2015

Brunei Darul Zikir, 314 Masuk Islam Jan-Ogos.

ALVIN HII @ Wui Ing, 21, kini dikenali sebagai Awang Dihyah bin Abdullah Al-Hii melafazkan ikrar pengislamannya di hadapan Pegawai Unit Pengislaman Pusat Da'wah Islamiah, Daerah Brunei dan Muara.
ALVIN HII @ Wui Ing, 21, kini dikenali sebagai Awang Dihyah bin Abdullah Al-Hii melafazkan ikrar pengislamannya di hadapan Pegawai Unit Pengislaman Pusat Da'wah Islamiah, Daerah Brunei dan Muara.


BANDAR SERI BEGAWAN: Negara Brunei Darussalam telah diisytihar sebagai sebuah Negara Zikir yang menjadikan Islam sebagai agama rasminya dengan berpegang kepada Ahli Sunnah Waljamaah.
Dengan pengislaman seorang lagi saudara baru akan menambah jumlah umat Islam di negara ini yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai akhlak mulia dan meninggikan syiar Islam.
Pada majlis yang berlangsung di kediaman Awang Haji Mohd Nornisiah bin Abdullah di Rancangan Perumahan Negara Lambak Kanan, Berakas, seorang lelaki berbangsa Cina telah melafazkan ikrar pengislamannya di hadapan Pegawai Unit Pengislaman Pusat Da'wah Islamiah, Daerah Brunei dan Muara (DBM).
Alvin Hii @ Wui Ing, 21, kini dikenali sebagai Awang Dihyah bin Abdullah Al-Hii.
Menurut Awang Dihyah, hasrat untuk memeluk agama Islam ini lahir daripada hidayah dan petunjuk Allah Subhanahu Wata’ala.
Beliau merupakan pelajar di salah sebuah kolej swasta di negara ini, Kolej Laksamana dan merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik.
Menurutnya, ibu dan kakak serta abang beliau telah lama memeluk Islam dan ini mendorong beliau untuk memilih agama Islam sebagai agama anutannya.
Majlis Pengislaman diserikan dengan bacaan Dikir Marhaban dan menabur bunga rampai kepada saudara baru yang diraikan.
Mengikut catatan keramaian masuk Islam seluruh negara dari bulan Januari hingga Ogos 2015 mencatatkan seramai 314 orang, manakala menurut catatan keramaian masuk Islam bagi DBM dari bulan Januari hingga September 2015 mencatatkan seramai 174 orang. (Pelita Brunei)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails