Tuesday, October 20, 2015

Pelajar Dituduh Buat Bom Melawat White House

Seorang ahli sains bergambar dengan Ahmed Mohamed ketika remaja Islam itu menjadi tetamu White House pada Isnin.

Kisah  Anak Muda Islam Kreatif Di AS

WASHINGTON: Remaja Islam yang ditahan polis apabila gurunya tersalah anggap bahawa jam buatan sendiri adalah bom tiba di White House pada Isnin, selepas menerima jemputan daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama.
Ahmed Mohamed merupakan sebahagian daripada kumpulan pelajar, guru, ahli-ahli sains, angkasawan dan selebriti yang menjadi tetamu Malam Angkawasan White House.
Mohamed mula dikenali ramai selepas pihak sekolahnya di Texas melaporkan kepada polis mengenai objek mencurigakan yang dibawa pelajar berkenaan ke sekolah.
Disebabkan dia seorang remaja Islam, objek berkenaan disangka bom buatan sendiri.
Bagaimanapun siasatan polis mendapati ia hanya sebuah jam buatan sendiri dan perkara itu menarik perhatian netizen yang mencemuh tindakan sekolah tersebut.
Malah #IStandWithAhmed menjadi popular oleh netizen untuk hashtag khususnya di Twitter. Tindakan Mohamed mencipta jam tersebut kemudian menarik perhatian Obama yang mengucapkan tahniah kepadanya.
Pelajar tersebut kemudian dijemput Obama ke White House untuk satu majlis bersama golongan pintar lain. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails