Sunday, October 11, 2015

Saudi Undang Pelajar AS Dituduh Buat Bom, Ber'umrah'.

  • Ahmed Muhamed dan keluarga dalam jumpa pers

Kisah  Anak Muda Islam Kreatif Di AS
1. Anak Muslim Buat Bom? "Itulah Buat AS Hebat", Kata Obama...
2. Kisah Anak Muda Islam Kreatif Di AS. Pengalaman Di...

3. Ahmad Muhammad: 'Sekarang mereka yang takut kepada...

Pelajar Amerika berbakat asal Sudan, Ahmed Mohammed Al-Hassan (14 tahun) tiba di Jeddah Jumaat pagi untuk menunaikan umrah dan melawat keluarganya.

Pihak Kerajaan Arab Saudi menjemput Al-Hassan untuk melawat Negara tersebut sekaligus melaksanakan ibadah Umrah. 

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz di Jeddah, Al-Hassan berterimakasih kepada pemerintah Saudi atas jemputan kerajaan untuk menunaikan umrah dan silaturahim dengan keluarganya.

Awad Qarshom, Pengerusi Komuniti Rakyat Sudan di Jeddah, berkata para penyelia masyarakat Sudan akan menghubungi keluarga Ahmed Al-Hassan dalam sebuah perayaan untuk memberi penghargaan terhadap pelajar tersebut.

Ia mengatakan kepada Arab News, "Ahmed Al-Hassan akan diberi penghormatan oleh jawatankuasa kreativiti masyarakat Sudan di Jeddah yang akan diadakan tidak lama lagi dengan beberapa tokoh terkemuka lain dari masyarakat di Kerajaan dan para wartawan media Sudan, baik TV maupun Koran.

Al-Hassan adalah murid Mac Arthur High School di Irving, Texas, di mana ia ditahan pada September kerana guru Ahmed mencurigainya membuat bom. Kerana kreativitinya sempat membuatnya ditahan pihak Polis Texas.

Ahmed akhirnya tak boleh masuk sekolah selama 3 hari, dan insiden tersebut mencetuskan kemarahan kerana perlakuan tidak adil terhadapnya.

Penangkapan Ahmed mengingatkan atas pengalaman sama yang dialami datuknya, juga ketika berumur 14 tahun, di Shatoy, sebuah desa keluarga Sudan tersebut. Ayah saya sangat teruja dengan sains, kenang bapa saudaranya, Moussa Al-Hassan.

Mengetahui ada sekolah yang bekerja sama dengan Inggeris, ia melarikan diri untuk belajar di bandar Omdurman, walaupun ayahnya sangat menentang sekolah-sekolah semacam itu. Tetapi, setelah sekian kilometer berjalan kaki, salah seorang penduduk tempatan menangkapnya, menahannya selama beberapa jam, dan kembali pulang ke keluarganya, kisah Moussa.

Dia kembali ke sekolah Khalawie, sekolah yang dipilih Sudan berbanding sekolah-sekolah Inggeris. (IH/Karina Caffinch)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails