Thursday, October 15, 2015

E Cigarets: Surat Terbuka Kepada Nurulhidayah Anak Zahid Hamidi.


PENGGUNA
INI, seorang pengguna laman sosial bernama Firdaavinci Azmi telah memuatnaik ke laman facebooknya surat terbuka yang ditujukan kepada Dato Nurulhidayah Ahmad Zahid, anak perempuan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang merupakan Ikon Belia Negara.

Berikut adalah apa yang ditulis beliau,

Isu e cigarets merupakan antara isu yang hangat di perbincangkan semasa kini. Dari sudut halal haram produk ini dari pandangan ilmuan islam sehingga kepada kesan jangka panjang penggunaan vape ini masih di dalam proses kajian.

Hasil kesimpulan beberapa kajian terkini ada menyebut penggunaan vape ini adalah "amat tipis" untuk TIDAK membawa apa apa kesan kepada kesihatan untuk jangka masa panjang. Cuba anda bayangkan, cecair nikotin dengan pelbagai bahan kimia tambahan lain, diserap ke paru paru untuk jangka masa panjang, sudah tentu, sedikit atau banyak, ada kesan yang negatif yang akan memberi kesan kepada tubuh badan suatu hari nanti.

Tahukah anda, kesan buruk merokok kepada manusia hanya di temui setelah berpuluh tahun kajian dilakukan. Kajian terkini juga ada membuktikan vape merupakan "pintu masuk" atau permulaan kepada ketagihan barangan terlarang lain seperti ganja,heroin dan syabu terutamanya kepada golongan remaja. Kajian yang menyatakan e cigaret boleh membantu perokok tegar untuk berhenti merokok merupakan kajian yang telah biayai oleh syarikat tembakau antarabangsa. Cuba fikir fikirkan, mengapa mereka mahu membiayai kajian sedemikian?

Menurut perangkaan, 1.4% wanita dewasa di Malaysia merupakan perokok berbanding 38% di kalangan lelaki. Jika dahulu, wanita, khususnya wanita melayu amat berselindung dan berhati hati untuk menunjukkan sebagai imej "perokok". Tetapi dengan peningkatan populariti Vape sebagai satu trend terkini dan "cool", kemungkinan lebih lebih ramai wanita akan terjebak dengan aktiviti tidak sihat tersebut. Kini bukan sahaja wanita, malah kanak kanak turut terdedah untuk mencuba dan seterusnya terus di belenggu oleh bahana perangkap Nikotin yang mempunyai fungsi dan kesan ketagihan yang sama seperti dadah yang lain.

Kementerian kesihatan dan pelbagai agensi lain berusaha untuk mengurangkan bilangan perokok di Malaysia dengan mengadakan pelbagai kempen kesedaran seperti kempen "Tak Nak", mewujudkan kawasan zon bebas asap rokok untuk melindungi mangsa asap rokok pasif dan menawarkan rawatan untuk berhenti merokok di klinik berhenti merokok di Semua fasiliti kesihatan di Malaysia. 

Kini, dengan kehadiran "Vape/ e cigaret ", seluruh warga KKM sewajarnya bersedia, mempersiapkan diri dengan ilmu untuk menjawab pelbagai persoalan dan hujah hujah lantang "vaper" yang bagaikan menegakkan benang yang basah.

Saya menghormati hak kebebasan Dato untuk mengekspresikan pendapat, berkongsi ideologi dan memaparkan gaya hidup di media sosial yang merupakan satu ruang perkongsian terbuka untuk semua masyarakat.

Di atas tanggungjawab sosial yang Dato miliki sebagai "Ikon Belia" saya menyarankan agar Dato dapat menghentikan tabiat pengambilan nikotin menggunakan peralatan elektronik yang digelar " Genius Machine" tersebut serta menghentikan advokasi penggunaan Vape sebagai salah satu gaya hidup yang cool .

Sebagai ikon belia, tindak tanduk Dato mampu memberi impak kepada masyarakat khususnya golongan belia. Sewajarnya, posisi tersebut dimanfaatkan sebaik mungkkn untuk mempromosikan cara hidup sihat.

Salam sihat tanpa asap rokok. - Firdaavinci Azmi. (IH)

4 comments:

Anonymous said...



Rokok dan e-cigarette (vape) mengandungi nikotin yang menyebabkan ketagihan. Apabila anda berhenti menggunakannya, anda boleh mendapatkan gejala termasuk terasa jengkel , tertekan, resah dan gelisah. Ia boleh menjadi berbahaya untuk mereka yang mempunyai masalah jantung. Ia juga boleh merosakkan arteri anda dari masa ke masa. Nikotin juga mengganggu perkembangan otak kanak-kanak dan remaja.

Secara ringkasnya nikotin mempunyai kesan buruk :

(1) ke atas sistem vaskular

(2) carcinogen - menumbang kepada kanser.

(3) ke atas janin dalam kandungan

(4) mengganggu sistem dalam badan manusia.

(5) 30–60 mg (0.5–1.0 mg/kg) nikotin boleh membunuh manusia.


Michael Siegel, MD, MPH, seorang professor di Boston University's School of Public Health berkata menggantikan tembakau dengan vape (e-cigarette) adalah seperti pengguna dadah menggantikan heroin dengan methadone yang masing-masing mempunyai risiko.

Anonymous said...

apa pun merokok tobiat burok bahaya unutk diri sendiri n keluarga
perangai burok ajakan syaiton
kenapa manusia suka pilih yang burok yang dilarang oleh Allah
manusia itu bodoh
biar jual rokok/benda telarang buat pula kempen konon untuk cegah
nampak macam bodo tapi itulah hakikatnya
memang bodoh

Anonymous said...

Hehehe.... ikon belia kan... hahaha
sape la yg beri ikon belia tu...
sape pulak yang beri dato tu...
klu bkn kerana bapak, agak2 buleh ke
dpt dato ngan ikon belia tu.... ermmmm.....

Anonymous said...


Saya mohon tuan Ibnu Hasyim delete iklan judi Master Sgp yang bertaraf bangsat ! Sepatutnya orang Indonesia merasa malu dengan iklan goblok ini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails