Sunday, October 11, 2015

Peluang Kerja Sambil Belajar Di Australia. Cara Terang/Gelap..



CATATAN SANTAI IBNU HASYIM 

MUAZ JABAL kawanku, mengajak aku bertemu beberapa orang pelajar dan bekas pelajar yang ingin tahu mengenai peluang bekerja sambil belajar di Australia. 

Kami buat temujanji di sebuah kedai makan yang agak tenang, boleh sembang panjang, santai.. Dan sempat mata kami merenung keluar kedai itu melihat gelagat peniaga-peniaga kecil tepi jalan sedang berebut-rebut mencuri ruang-ruang untuk berniaga semasa pelanggan-pelanggan sedang sesak ramai.. Sedangkan ianya menyalahi peraturan perniagaan dari Dewan Bandaraya KL, yang kadang-kadang datang menghalau dan merampas dagangan mereka.

Antara tujuan pelajar-pelajar itu ialah, "Kami berminat bekerja sambil belajar di Australia, kerana..
  • untuk membantu kos hidup dan berdikari menanggung biaya pembelajaran kami sendiri.
  • dapat membantu melengkapkan kajian pelajaran kami. 
  • mendapatkan pengalaman kerja di bidang kajian kami."
Kata mereka.

Masih banyak ladang di Australia belum dibangunkan. Maka Australia masih perlu pekerja yang ramai.. Mengapa Malaysia tidak mampu berbuat begitu? Gambar.Muaz.

Maka jawab Muaz Jabal..

"Menurut Australian Government, kebanyakan visa pelajar membenarkan seseorang itu bekerja hingga 40 jam setiap dua minggu semasa program pengajian sedang berlangsung, dan jumlah jam tiada had selama cuti kuliah rasmi. 

"Tetapi mesti ada visa! Sila rujuk laman web Jabatan Imigresen dan Kewarganegaraan Australia. 

Kerja Apa?
Ladang anggor yang sudah dituai, di Australia. Gambar Muaz.

"Australia mempunyai pelbagai jenis industri dan banyak yang mempunyai peluang kerja separuh masa, seperti:
  • Runcit, misalnya - pasar raya, department store dan kedai pakaian.
  • Makanan misalnya - kafe dan restoran
  • Pelancongan misalnya - hotel dan motel
  • Pertanian misalnya - pertanian dan memetik buah
  • Jualan dan telemarketing
  • Tugas pentadbiran atau juru tulis
  • Bimbingan belajar
"Jika kamu mempunyai kelayakan atau pengalaman kerja profesional, kamu mungkin boleh dapatkan pekerjaan kasual atau separuh masa sesuai di bidang yang kamu perolehi." 

Seterusnya, Muaz Jabal menerangkan perkara-perkara berikut..

Program Utama/magang:

Program magang merupakan syarat utama untuk melalui proses pendidikan. Mahasiswa tingkat akhir diwajibkan untuk melakukan magang di suatu perusahaan terdahulu sebelum mendapatkan gelarannya. Program magang (ada yang dibayar ada yang tidak) boleh menjadi cara yang baik untuk mengenal dunia profesional, industri kewangan dan kreatif. 

Pelajari lebih lanjut tentang cara mendapatnya di laman magang dalam bahagian Sistem Pendidikan Australian Government itu.

Menjadi sukarelawan:

Terdapat banyak organisasi amal dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Australia dan mereka sentiasa memerlukan sukarelawan untuk membantu. Ini boleh menjadi cara yang baik untuk bertemu rakan, mendapatkan pengalaman kerja dan memberi sumbangan kepada masyarakat. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kerja-kerja sukarelawan mulakan pencarian di http://www.govolunteer.com.au/

Hak sebagai pekerja:

Setiap orang yang bekerja di Australia, termasuk pelajar antarabangsa atau yang memegang visa bekerja semasa cuti (working holiday maker visa), mempunyai hak-hak asas di tempat kerja. Hak-hak ini melindungi hak atas:
  • Gaji minimum.
  • Penolakan terhadap pemecatan yang tidak adil (jika seseorang itu dipecat dari pekerjaan)
  • Waktu dan suasana rehat.
  • Persekitaran kerja yang sihat dan selamat
Sebahagian besar syarikat di Australia termasuk oleh 'award', yang menetapkan gaji minimum dan ketentuan dalam bidang pekerjaan atau industri tertentu. Lebih lanjut, sila layari laman web Fair Work dari Kerajaan Australia.

Seseorang itu juga perlu mendapatkan nombor wajib cukai untuk bekerja di Australia. Perlu beri nombor wajib cukai kepada syarikat tempat kerja agar tidak membayar kadar cukai tertinggi. Layari laman web pejabat cukai Australia.

Bagaimana Nak Dapat Kerja?
  • Dari akhbar dan laman web kerja.
  • Beberapa institusi pendidikan menyediakan papan pengumuman pekerjaan di kampus dan secara dalam talian. Hubungi kakitangan sokongan pelajar antarabangsa di institusi pendidikan untuk mengetahui pilihan apa yang ditawarkan. 
  • Daftarkan maklumat diri pemohon di syarikat pengambilan kerja. Banyak dari mereka yang dapat membantu meletakkan orang dalam pekerjaan separuh masa atau jangka pendek.
Itu, antara butir-butir yang saya kutip, hasil dari perbincangan peluang kerja sambil belajar di Australia. Soal bagaimana untuk dapatkan visa pelajar di sana, visa kerja, atau lain-lainnya, insya Allah akan saya sambungkan huraian pada masa yang lain. (Lihat Kerja Di Australia, Bagaimana Dapatkan Bridging Visa...)

Salah seorang dari pelajar-pelajar itu bertanya, "Kebanyakan kami adalah pelajar-pelajar yang gagal melanjutkan pelajaran ke universiti atas sebab-sebab kewangan dan lain-lain. Kami juga ingin berjaya dalam pelajaran, menjadi pengusaha-pengusaha yang berjaya di bidang-bidang yang kami minati. Apa pendapat dan saranan tuan?"

"Tolong jawab Pak Ibnu.." Kata Muaz, mengisyaratkan kepada saya.

Ringkasnya,"Begini!", kata saya. 

"Yang disarankan oleh Saudara Muaz itu, adalah cara yang wajar, profesional, mengikut saloran undang-undang sepenuhnya. Baik dan terhad kepada orang-orang tertentu saja. Tidak semua orang mampu berbuat begitu.

"Tetapi bagi bekas pelajar seperti yang kamu sebutkan tadi itu, agak sukar, tidak mampu, dari sudut kewangan dan lain-lain. Jalan singkatnya, ialah dengan dapatkan visa pelancong (akan diberi paling lebih selama 3 bulan), terus pergi ke sana, ambil peluang berkerja.. Cari duit sikit untuk sambung dengan visa berkerja sambil belajar, yang mengikut peraturan. Dari sana mudah dapatkan visa dan ada jalannya." Kata saya.

Tetapi dipotong terus oleh seorang pelajar lagi, katanya, "Tidakkah itu salah, visa pelancong, tapi berkerja? Bagaimana kalau tertangkap semasa berkerja?"

"Terserah kamu! Seperti peniaga-peniaga itu." Jariku menunjuk kepada anggota Dewan Bandaraya KL yang sedang mengawal dan mengejar peniaga-peniaga tidak mengikut peraturan Dewan Bandaraya, di depan kedai yang kami sedang minum santai itu. 

"Terserahlah... seperti peniaga-peniaga itu. Pilih mahu 'sesak' menyambung hidup, atau sesak berdepan dengan pegawai penguatkuasa Dewan Bandaraya. Mahu sesak hidup jadi penganggur, tiada berkerja tiada sambung belajar, atau berkerja secara gelap untuk menyambung cita-cita di negara orang. Kerja di sana, gaji agak lumayan berbanding Malaysia.
Penguatkuasa DBKL mengawasi peniaga-peniaga..

"Dan kalau kamu ditangkap di Australia, bacalah tulisan saya sebelum ini, Pengalaman Pemetik Buah & Pendatang, Di Pusat Taha...  Lihat, bagaimana sikap kerajaan Australia terhadap pendatang tanpa izin di negara mereka?" Jelas saya lagi.

Akhirnya, saya teringat pada suatu malam semasa saya berada di bandar Guangzhou China beberapa tahun lalu, tiba-tiba saya terkejut melihat sebuah pasar malam begitu penuh sesak di sebuah lorong, ramai berebut-rebut membeli-belah. Hingga berdetik di hati saya, "Murah sangat barang di situ?". Saya tertarik pergi melihatnya.

Ibnu Hasyim sedang melawat pasar malam di Xinjiang, sebuah kawasan majoriti Islam di China.

Tiba-tiba terdengar pula suara peniaga-peniaga itu menjerit seolah-olah dirasuk sesuatu. Rupanya mereka mengisyarat, penguatkuasa undang-undang pasar malam sedang datang menyergap. Ini peluang baik untuk saya rakam gambar mereka, fikir saya.

Saya tercari-cari di poket saya kamera untuk ambil gambar agak lambat sikit. Bila saya mengarah kamera untuk ambil gambar, tiba-tiba semuanya sudah tiada dalam masa secepat kilat. Dah lari menghilang. Yang ada hanya penguatkuasa undang-undang saja yang baru sampai. 

Begitulah, realiti sosok-sosok di sela-sela kehidupan, ada di mana-mana di dunia.  

As-salamu 'alaikum..

Perhatian: Boleh juga hubungi Ibnu Hasyim untuk maklumat proses pengambilan pekerja di Australia.

Ibnu Hasyim
 e-mil: ibnuhasyim@gmail.com
Tel: 014 2225865
10 Okto 2015
KL.


Lihat keseluruhan..
E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia &; Islam.
E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.

4 comments:

Unknown said...

Terima kasih atas info yang berguna ini. Saya agak tertarik dengan post kali ini tentang berkerja sambil belajar di Australia. Memang cita-cita saya untuk melanjutkan pelajaran di negara orang. Mungkin kita boleh berjumpa dan berborak lagi tentang perkara ini. Farid Bahar, Kelana Jaya.

Ibnu Hasyim said...

Ok. Boleh jumpa bila-bila saja. Ssila hubungi saya. Buat masa ini 014 2225865.

Unknown said...

Salam..info yg sgt berguna..tapi ada persoalan..majikan di aus ambil ke pekerja yg memegang visa pelancong?

Unknown said...

Salam..info yg sgt berguna..tapi ada persoalan..majikan di aus ambil ke pekerja yg memegang visa pelancong?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails