Saturday, October 17, 2015

Raja Dadah Mexico Terlepas Lagi..


SINALOA, Mexico – Raja dadah Mexico, Joaquin ‘El Chapo’ Guzman (gambar) sekali lagi berjaya meloloskan diri daripada pihak berkuasa meskipun pasukan tentera berjaya mengesan jejaknya di sebuah kawasan pergunungan di sini.
Serbuan pihak tentera itu hanya hanya menemui sebuah telefon bimbit dan beberapa helai pakaian Guzman di lokasi berkenaan.
Tentera berjaya mengesan kedudukan Guzman dengan bantuan ejen penguat kuasa dadah Amerika Syarikat (AS) minggu lalu selepas empat bulan dia melarikan diri daripada kurungan penjara.
Menurut sumber pe­nguat kuasa undang-undang, ejen AS mengenal pasti telefon Guzman dan menjejakinya di pergunu­ngan Sierra Madre yang disyaki menjadi lokasi persembunyiannya.
“Satu misi pencarian dilakukan oleh pasukan tentera Mexico tetapi hanya menjumpai telefon dan beberapa helai pakaian,” kata sumber itu.
Mereka kemudian menutup laluan 13 komuniti dari Jesus Maria iaitu 48 kilometer dari ibu negeri Culiacan sehingga negeri berdekatan Durango dan Chihuahua, dalam usaha memburu Guzman.
Beratus-ratus tentera kini membanjiri kawasan tersebut menyebabkan penduduk tempatan bergegas pulang ke rumah ma­sing-masing. – Agensi

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails