Friday, October 16, 2015

K'tan, Jangan Tebang Hutan Menjelang Musim Banjir. -Husam.

Datuk Husam Musa memberi amaran kepada kerajaan negeri Kelantan supaya tidak meneruskan rancangannya membenarkan sebuah syarikat perladangan membersihkan 4,500 hektar hutan simpan menjelang musim hujan yang dijangka tiba akhir tahun ini. - Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Oktober, 2015.

Datuk Husam Musa hari ini memberi amaran kepada kerajaan negeri Kelantan supaya tidak meneruskan rancangannya membenarkan sebuah syarikat perladangan membersihkan 4,500 hektar hutan simpan menjelang musim hujan yang dijangka tiba akhir tahun ini.
Bekas naib presiden PAS itu berkata, aktiviti itu yang dijalankan secara besar-besaran menjadi penyumbang kepada banjir yang berlaku semasa musim hujan yang sangat lebat di Kelantan pada Disember tahun lepas, sehingga 200,000 orang terpaksa dipindahkan susulan banjir paling buruk melanda negeri itu.

"Saya pernah menegur kerajaan negeri Kelantan mengenai isu ini beberapa kali. Sama ada secara dalaman mahu pun terbuka," kata ahli Dewan Undang Negeri (Adun) Salor itu dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, beliau ada menulis surat kepada kerajaan negeri Kelantan pada 3 Oktober membangkitkan mengenai penebangan hutan secara besar-besaran tersebut.

Husam berkata, suratnya itu tidak mendapat sebarang respons, maka beliau membuat keputusan menyalurkan isu itu kepada media hari ini.

Beliau berkata, rancangan terkini pihak berkenaan ialah untuk meluluskan kawasan hutan tebang habis dijalankan sebuah syarikat perladangan.

"Syarikat ini dimilik individu yang selalu mendapat kelulusan seperti ini, sudah berkali-kali.

"Kelulusan seluas 4,500 hektar ini menambahkan lagi jumlah keluasan hutan simpan kekal yang akan dibersihkan buat selama-lamanya, bersama semua flora dan faunanya," katanya.

Beliau merayu kepada kerajaan negeri untuk menghentikan kelulusan tersebut pada masa hadapan.

"Fikirkan tugas dan amanah di bahu anda sebagai khalifah di bumi yang wajib menjaga semua makhluk termasuk haiwan di hutan, kelangsungan khazanah bumi untuk generasi akan datang, keadilan dalam pengagihan kekayaan," katanya sambil menggariskan beberapa kesan lain akibat kegiatan tebang habis hutan secara besar- besaran.

Selain daripada kesan ekologi pembalakan seperti itu, kelulusan tersebut juga dakwanya diberi secara rundingan terus dan bukan tender terbuka.

"Ia merugikan hasil negeri, menguntungkan segelintir kroni dan membolehkan amalan rasuah berlaku dalam pelbagai cara," katanya.

Sebaliknya, katanya, tanah itu sewajarnya diagihkan untuk dimiliki oleh lebih ramai rakyat Kelantan dengan pelbagai skim komersial dan bukan komersial secara terhad dan seimbang sekiranya perlu.

Tahun lalu, Kelantan mengalami banjir yang amat dahsyat, dengan banyak pihak menyalahkan kegiatan penebangan hutan secara terbuka dan besar-besaran di negeri itu sebagai antara puncanya. - 15 Oktober, 2015. (TMI)

5 comments:

Anonymous said...

Mana pencinta alam ni buat la demo utk husam ni.tak pun bagi projek tu kat dia tengok apa cerita.kesian husam.kesian hutan.kesian org kena banjir

Anonymous said...



Saya mohon dan merayu pemimpin kerajaan Kelantan melawat sendiri kawasan hulu Kelantan dan mengambil tindakan tegas terhadap manusia yang tamak dan rakus yang sedang memusnahkan alam sekitar dan mencemarkan imej parti Islam! Kerajaan kelantan mesti bertindak tegas supaya rakyat selamat dari banjir berskala besar.

Saya pernah melalui kawasan hulu Kelantan melalui banjaran gunung dalam tahun ini (2015) dan saya dapati pokok-pokok di puncak gunung dan bukit telah ditebang dengan rakusnya dan tanah di permukaan bukit dan gunung terdedah kepada hakisan hujan dan angin dll.

Bila lapisan tanah ini terdedah kepada cahaya matahari, tanah ini akan menjadi kering kontang dan bertukar menjadi debu kerana dihakis oleh angin.

Ketiadaan pokok-pokok berdaun dll menyebabkan air hujan yang jatuh pada halaju tinggi boleh memecahkan tanah permukaan (topsoil)yang kering kontang dan larian air hujan yang deras di permukaan tanah di kawasan bukit dan gunung menyebabkan permukaan tanah terhakis dan menghanyutkan lumpur ke dalam sungai menyebabkan sungai menjadi terlalu cetek untuk menampung air yang banyak dalam bulan November hingga March (Monsun Timur Laut) . Jika hujan lebat turun dalam masa satu hari, banjir lumpur dan banjir kilat boleh berlaku.

Hakisan tanah oleh air dan angin yang disebabkan oleh kerakusan manusia yang tamak menyebabkan gunung dan bukit gagal menyimpan air menyebabkan kekurangan bekalan air dalam tempoh jangka panjang dan akibat buruknya akan ditanggung oleh rakyat !

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)."(Ar-Ruum 30:41)

Anonymous said...


Saya mohon tuan Ibnu Hasyim delete komen dalam iklan bangsat ajaran sesat Master Sgp !

Abdul Said said...

Sama sahaja. Umno, Pas, atau Pas, Umno. Satu songkok tinggi dan satu lagi kain berbelit. Bawah songkok dan bawah kain berbelit tetap ligat dan membelit!!

Anonymous said...

Salam semua,

Saya rasa tiada orang PAS dan UMNO bagi komen hari ni. Kalau tak tak habis-habis DAPig, ciPAN dan sebagainya.

Eloklah, orang PAS cakap DAPig, orang UMNO kata Babi Cina!!!

Sedangkan semasa Almarhum Nik Aziz hidup dulu, semasa adanya Pakatan Rakyat PAS, DAP dan PKR, jatuhnya Pulau Pinang kepada DAP, berbondong-bondong orang Cina Pulau Pinang memeluk agama Islam kerana akhlak Nik Aziz. Sampai ada khatib mendoakan Lim Guan Eng masuk Islam dalam sembahyang Jumaat.

Tiba-tiba perginya Nik Aziz menyebabkan indahnya Islam tu dah tak kelihatan terutama di dalam PAS. Seolah-olah di dalam PAS tinggal apa yang dikatakan oleh Abdul Qader Awdah, Islam, between ignorant followers and incapable scholars (Islam, diantara kejahilan pengikutnya dan ketidakupayaan Ulama).

Tak payahlah pergi jauh, Mufti Pahang mempertahankan teks khutbah DAP memusuhi Islam, bila orang ajak berdialog, tak nak macam pondan!!!

Sama je macam Presiden PAS, meeting tak nak pergi, lepas tu cakap belakang. Kalau terror sangat berdebatlah dalam meeting macam jantan!!! Dengan Lim Guan Eng pun tak berani, macam mana nak memimpin negara!!! Dah macam DS Najib Razak pulak,cakap darah pahlawan Bugis, lawan orang tua 90 tahun pun tak berani!!!

Beratlah negara kita, pemimpin negara dah lah pondan, pemimpin pembangkang pun sama je!!!

Islam, between ignorant followers and incapable scholars.

Yang jahil,

Nobody




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails