Tuesday, October 13, 2015

AS vs Rusia Kini, Ke Arah Perang Dunia Ke-III -Andrew Foxall



Amerika Syarikat (AS) dan koalisinya mengumumkan telah melakukan 24 serangan terhadap ISIS di Syria dalam 24 jam. Di waktu yang sama, Rusia mendakwa menggempur 55 target ISIS.

Penganalisis tentera, Andrew Foxall dari kumpulan think thank Henry Jackson Society, memberi amaran, serangan gabungan AS yakni NATO dan Rusia di Syria boleh menjadi bencana dibayangkan jika suatu saat bersilang.

Kedua-dua kuasa dunia itu, boleh melibatkan Perang Dunia III di Syria.

Dalam beberapa hari ini saja, ketegangan antara AS dan Rusia terus menjadi panas, di mana AS menuduh serangan Rusia mengenai pasukan pemberontak Syria yang dilatih AS.

Sebaliknya, Rusia mengejek pakatan AS yang sudah setahun menyerang kumpulan Negara Islam (ISIS) tapi tidak begitu terlihat hasilnya.

Foxall, mengatakan insiden diplomatik boleh berubah jadi bencana. Dia menggambarkan bahawa lalu lintas udara di Syria kini semakin padat. Pesawat pejuang, helikopter, pesawat, peluru berpandu dan meriam baik dari Rusia dan gabungan AS telah jadi pemandangan setiap saat di wilayah udara Syria.

"Memandangkan jumlah lalu lintas tentera di udara (yang padat), ada kebimbangan nyata bahawa pesawat akan ditembak jatuh kerana salah faham yang jadi bencana. Ini bermakna kita boleh menjadi saksi detik-detik dari peningkatan yang tiba-tiba membawa kita ke ambang perang, "kata Foxall.

Komander serangan udara AS di Syria, Leftenan Jeneral Charles Brown, telah mengakui adanya ketegangan kedua pihak. Dia memberi contoh, pesawat AS dan Rusia nyaris berhadapan dalam jarak 20 batu. Jika tidak dikawal, hal itu boleh jadi bencana dalam masa beberapa saat.

"Rusia mempunyai tujuan yang sangat berbeza dengan pakatan NATO yang mahukan perubahan rejim di Syria," kata Foxall, seperti dikutip Daily Mirror, semalam. "(Sementara) kepentingan utama Kremlin adalah mempertahankan rejim pro-Rusia di Syria."

Foxall juga bimbang jika China ikut ambil bahagian dalam masalah yang rumit di Syria itu.

Sementara itu, bekas Setiausaha Agung NATO, Jaap de Hoop Scheffer, mengatakan kepada Channel 4, bahawa Kremlin akan gagal.

"Saya fikir Putin akhirnya akan jatuh dengan pedangnya sendiri. Dia akan menjadi anti-juru selamat untuk setiap warga Sunni di Timur Tengah, "ujarnya merujuk pada sentimen sektarian di Timur Tengah antara kaum Sunni dan Syiah. (IH/Daily Mirror)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails