Monday, November 07, 2011

Ajaib! Piramid Dibuat Dari Tanah Liat?

Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
FIRMAN Allah SWT yang bermaksud...

Dan berkatalah Firaun: "Wahai kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah wahai Haman untukku tanah liat kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi agar aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa dia (Musa) orang-orang pendusta". (al-Qasas: 38).

Daripada penjelasan ayat al-Quran di atas jelaslah bahawa selama ini manusia menjadi hairan dan kagum bagaimanakah bangunan-bangunan yang dibina oleh Firaun iaitu piramid dapat berdiri megah dan perkasa di bumi Mesir pada zaman pemerintahannya hingga kini.

Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid itu?

Akhbar American Times edisi 1 Disember 2006 menyiarkan berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun menggunakan tanah liat untuk membina piramid.

Menurut kajian, disebutkan bahawa batu-batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.

Para saintis mengatakan, Firaun mahir dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan adalah sangat misteri jika dilihat daripada kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.

Prof. Gilles Hug dan Dr. Michael Barsoum menegaskan, piramid yang paling besar di Giza, dibuat daripada dua jenis batuan yang terdiri daripada batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil olahan tanah liat.

Baru-baru ini majalah Journal of American Ceramic Society memaparkan artikel kajian mengenai bagaimanakah Firaun membina piramid di Mesir yang mengkagumkan itu sebagai peninggalan sejarah tamadun dunia.


Kajian itu menegaskan, Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Justeru itu tidak mungkin bagi seseorang mengangkat batu besar dan berat ribuan kilogram.

Seterusnya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi atau batu alam. Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap air garam dan akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid.

Lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki itu dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.
Sehubungan itu, Prof. Davidovits telah mengambil contoh batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut.

Hasilnya, beliau menegaskan batu itu diperbuat daripada lumpur. Selama ini tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu membezakan antara batu alam semula jadi dengan batu buatan manusia. Penemuan oleh Davidovits itu adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira 20 tahun.

Sebelum kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, 'Piramid Matahari' dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat daripada tanah liat.
Ini memperkuatkan lagi keyakinan bahawa kaedah itu tersebar luas di masa yang lalu. Sebelum ini, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan daripada pembuatan batu besar yang tersergam di puncak-puncak piramid.

Beliau berkata, "Setelah bertahun-tahun melakukan kajian dan penyelidikan, sekarang baru saya yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat."

Bukti-bukti kajian menunjukkan kepada kita bahawa bangunan-bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun canggih zaman silam, juga dibina daripada tanah liat. Pembongkaran misteri piramid tersebut adalah hasil mukjizat al-Quran yang telah berbicara sejak ribuan tahun dahulu sebelum para saintis dan ilmuwan dunia menemukan rahsia tersebut.

Hairan dan ajaib, sejak 1,400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad SAW dan beratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun di Mesir, memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang megah dan tersohor itu yang dikenali sebagai piramid dengan menggunakan tanah liat.

Jika ditinjau kejadian Nabi Adam a.s sebagai bapa manusia dan menjadi khalifah di bumi, baginda juga berasal dari penciptaan tanah liat yang ditiupkan roh oleh Allah SWT dan wujudlah sebagai manusia yang pertama di permukaan bumi.

Berdasarkan ayat al-Quran di atas, jelas membuktikan Nabi Muhammad SAW tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan hidayah dan petunjuk dari Allah SWT yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya di Laut Merah bersama tenteranya.

Selain itu, Allah juga menyelamatkan Nabi Musa a.s daripada kekejaman Firaun menuju tanah dan bumi Palestin yang diperjuangkan sampai sekarang dan seterusnya hari kemudian. Walahu 'alam. (Diangkat dari tulisan Ibrahim Abdullah)

Jom kita lihat pula gambar keajaiban Piramid Giza.

piramid giza2 (Gambar) Keajaiban Dunia: Piramid Giza

Di antara ketiga-tiga piramid yang menjadi tinggalan bagi seni pembinaan di Mesir, Piramid Giza paling menonjol sekali. Piramid-piramid ini dibina sekitar pada dinasti keempat iaitu 4,550 Sebelum Masihi.

Piramid Mesir Purba ini dibina untuk dijadikan makam untuk Raja-raja (dan Permaisuri) termasuk Makhluk yang mendakwa dirinya sebagai Tuhan dan tidak pernah sakit, akhirnya mati dalam keadaan terhina dan menjadi tatapan dunia sehingga ke hari ini.

piramid giza (Gambar) Keajaiban Dunia: Piramid Giza

Artifak pemerintahan Mesir kuno termasuk makam firaun Tutankhamun, satu-satunya makam firaun paling lengkap yang berjaya diselamatkan daripada pencari harta karun. Sebelum ini, ada kajian menarik yang dilakukan oleh arkitek Perancis mengenai Piramid Giza.

PARIS: Arkitek Perancis mendakwa membongkar misteri bagaimana piramid Giza di Mesir dibina dari dalam ke luar dan bukan sebaliknya seperti tekaan sebelum ini.
Selepas mengkaji piramid selama lapan tahun, Jean-Pierre Houdin, kelmarin mendedahkan hasil kajiannya dan menunjukkan lakaran tiga dimensi bagaimana pekerja Mesir purba mengangkut blok batu seberat 2.5 tan setiap satu untuk membina piramid Giza, di luar Kaherah.

Pembinaan Piramid 4,500 tahun lalu oleh raja bernama Khufu, juga dikenali sebagai Cheops, sudah lama membingungkan saintis. Teori paling kerap dikemukakan ialah tanjakan berlingkar dibina di luar struktur piramid bagi mengangkut batu dan menyusunnya bagi membentuk piramid. Namun, menurut teori Houdin yang boleh dilihat di laman web www.3ds.com/khufu, pembinaan piramid pada peringkat bawah hingga ke ketinggian 43 meter menggunakan tanjakan di luar piramid bagi mengangkat dan menyusun batu besar berkenaan.

Bagaimanapun pada paras selanjutnya, tanjakan berlingkar di dalam rangka piramid dibina untuk menyiapkan struktur itu. Houdin berkata, kajiannya turut mengambil kira kajian yang dibuat oleh Gilles Dormion, rakyat Perancis yang sudah lebih 20 tahun mengkaji pembinaan piramid. Houdin berkata beliau mahu menguji teorinya dengan membuat siasatan di piramid itu sendiri.

piramid giza4 (Gambar) Keajaiban Dunia: Piramid Giza

piramid giza5 (Gambar) Keajaiban Dunia: Piramid Giza

piramid giza6 (Gambar) Keajaiban Dunia: Piramid Giza

piramid giza7 (Gambar) Keajaiban Dunia: Piramid Giza

piramid giza9 (Gambar) Keajaiban Dunia: Piramid Giza

piramid giza8 (Gambar) Keajaiban Dunia: Piramid Giza

piramid giza10 (Gambar) Keajaiban Dunia: Piramid Giza

piramid giza1 (Gambar) Keajaiban Dunia: Piramid Giza

Walau bagaimanapun, beberapa persoalan ditimbulkan..

  • Misteri paling besar ialah kenapa binaan itu berbentuk piramid? Bukan 4 segi, bukan seperti istana, tiada tiang, tiada menara. tiada bumbung?
  • Kenapa setiap sudut bucu piramid bersetentang tepat dengan sudut Utara, Selatan, Timur dan Barat?
Akhirnya, terungkaplah Rahsia Yang Maha Agung. Wallahu 'aklam. Sekian.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

1 comment:

Papa Gomo said...

Salam Haji, mana gambar bogel nih!, sehari mesti ada satu...OK

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails