Wednesday, November 02, 2011

Najib Jelaskan Projek Lembu RM250J Shahrizat...


Najib nafi projek lembu salah guna pinjaman RM250 juta
Perdana Menteri menafikan dakwaan wujudnya penyalahgunaan dalam pinjaman mudah kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada Agroscience Sdn Bhd.

NONEDatuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan berkata pinjaman itu telah diluluskan kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) untuk melaksanakan projek Pusat Fidlot Nasional.

Beliau menjelaskan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, yang dipertanggungjawab untuk melaksanakan Pusat Fidlot Nasional, menjemput enam syarikat untuk mengemukakan cadangan pelaksanaan pembangunan industri daging tempatan dan sekaligus meningkatkan pengeluaran daging lembu tempatan.

Jawatankuasa pemilihan syarikat peneraju, yang ditubuhkan untuk membuat pilihan syarikat yang memberi cadangan terbaik dan berpandu kepada kriteria dikehendaki, telah memilih Agroscience Sdn Bhd, katanya.

Menurut Najib sehingga 31 Julai 2011, jumlah pengeluaran pinjaman kepada NFC ialah sebanyak RM181.9 juta bagi membiayai pembangunan kandang, bangunan, kilang baja, kilang makanan dan sebagainya.

NONE"Tujuan pinjaman itu adalah untuk membangunkan projek tersebut bagi menampung keperluan daging negara kepada tahap sara diri sebanyak 38 peratus," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) yang meminta penjelasan Menteri Kewangan sama ada berlakunya penyalahgunaan pinjaman mudah berjumlah RM250 juta kepada Agroscience Sdn Bhd pada 2003.

NFC ialah projek "Lembah Daging" di Gemas, Negeri Sembilan untuk meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan penggantungan negara kepada pengimportan daging dari luar negara.

NONENajib berkata syarikat NFC telahpun membangunkan Pusat Fidlot Nasional dan kini mengeluarkan produk daging tempatan yang berkualiti tinggi pada tahap komersil.

Produk pengeluaran NFC dijual di pasar raya seperti Jaya Jusco, Giant, Carrefour, Cold Storage, pasar segar, kilang pemprosesan daging, restoran dan pasar runcit di seluruh negara.

NFC kini menjalankan peningkatan kapasiti pengeluaran fidlot dari 6,000 ekor lembu kepada 12,000 ekor lembu manakala kapasiti penyembelihan di pusat penyembelihan kepada 200 ekor lembu sehari dan pembangunan itu dijangka siap pada awal tahun depan, katanya. - Bernama

Komen Weblog Ibnu Hasyim
: Di bawah Rancangan Malaysia Ke-9, Pusat Feedlot Kebangsaan yang dimiliki dan dikendalikan oleh National Feedlot Corporation Sdn Bhd diberi status Projek Berimpak Tinggi dengan sasaran memenuhi 40% permintaan dan pengeluaran daging lembu untuk pasaran tempatan.

Info Projek
:
  • Jumlah lembu yang dipelihari pada satu-satu masa: Sekitar 1,000 ekor
  • Asal-usul lembu: Diimport dari luar negara.
  • Anggaran sembelihan setiap hari: Sekitar 20 ekor
  • Pasaran: Hypermarket seperti Giant, Carrefour dan lain-lain
  • Anggaran daging lembu yang dikeluarkan sehari (dikira): 3,000 kg
  • Anggaran daging lembu yang dikeluarkan setahun (dikira): 900,000 kg atau 900 tan.

Prestasi operasi ini perlu dibandingkan dengan sasaran yang ditetapkan memandangkan projek tersebut dikurniakan tanah kerajaan seluas 5,000 ekar di Gemas dan mendapat bantuan kewangan kerajaan berjumlah RM250 juta. Oleh itu, prestasi Pusat Feedlot Kebangsaan:

  • Jumlah penggunaan daging lembu Malaysia[1] setahun: 162,357 tan
  • % permintaan yang dicapai oleh Pusat Feedlot (dikira): 0.6%
  • Sasaran % permintaan yang perlu dicapai ditetapkan RMK9: 40%
  • Jumlah lembu yang perlu disembelih untuk mencapai sasaran: 1,500 ekor sehari
  • Jumlah lembu yang kini disembelih: 20 ekor sehari.

Dikatakan kajian awal ini jelas menunjukkan bahawa projek ini telah gagal walaupun menelan jumlah wang rakyat yang besar dan kurniaan tanah seluas 5,000 ekar. Malah, ada petani dan penternak kecil yang mempunyai operasi yang lebih besar dan berkesan walaupun tidak mendapat apa-apa bantuan kerajaan. Sehingga kini, komponen-komponen operasi yang lain yang diamanahkan kepada syarikat milik suami dan anak-anak Dato’ Seri Shahrizat Jalil masih belum dilaksanakan walaupun mendapat peruntukan besar. Selain dari aktiviti mengimport lembu, syarikat ini juga dilantik oleh kerajaan untuk:

  1. Membangunkan penternak kecil melalui konsep “penternakan satelit” untuk menggandakan pengeluaran lembu
  2. Membangunkan makanan lembu berkualiti
  3. Membangunkan baja dari operasi penternakan lembu
Isu ini perlu diberi perhatian serius kerana ia salah satu contoh utama bagaimana penyelewengan wang rakyat akibat ketirisan mempunyai kesan mendalam kepada kenaikan harga barang yang menekan rakyat. Projek ini dilancarkan oleh kerajaan bertujuan untuk mengurangkan import makanan yang memainkan peranan utama kepada kenaikan harga barang makanan yang terpaksa ditanggung rakyat.

Menurut Parti Keadilan Rakyat, "Sebahagian besar dari peruntukan kepada projek-projek pertanian dan makanan untuk mengurangkan pergantungan kepada import tidak sampai dan diselewengkan sehingga mengakibatkan import makanan mencecah RM30 bilion setahun sehingga akhir 2010.

"Dato’ Seri Shahrizat Jalil sebagai menteri yang berkepentingan dalam projek ini dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai bekas Menteri Pertanian dan Agro Industri yang terlibat menganugerahkan projek ini kepada rakan menteri beliau tidak boleh lagi terus berdiam diri. Rakyat memerlukan penjelasan segera mengenai kegagalan projek nasional yang menelan belanja besar ini." Kata jurucakap PKR. (IH)

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

2 comments:

suahati said...

kalau kat luar negara,perkara sebegini dikira tidak bermoral kerana menggunakan kedudukan utk mendapat kepentingan dan peruntukan negara.......Tp di Malaysia perkara sebegini no problem asalkanjgn membabitkan perempuan atau sek....
kah3...apa nak jadi dgn Melayu nie........

akbajalil said...

PM boleh sahaja buat penafian tetapi laporan audit perlu disertakan bersama barulah tulus dan telus.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails