Monday, October 31, 2011

Apa Ada Dalam Kaabah (3)

KAABAH PHOTO GALLERY

PELAN KAABAH


TANGGA DALAM KAABAH.Anda tentu telah lihat pintu warna emas. Melalui pintu ini lah ada tangga yang membolehkan sesiapa sahaja untuk naik ke bumbung bagi kerja-kerja mengganti Kiswa.


ATAS BUMBUNG. Ada pintu bumbung juga .


ATAS BUMBUNG KAABAH. Pemegang Kunci Kaabah yang di amanahkan adalah warisan keluarga yang di amanahkan sejak 1400 tahun yang lalu atas perintah Nabi Muhammad s.a.w.


BERTUAH BETUL SIAPA DAPAT NAIK ATAS BUMBUNG KAABAH.


LAPISAN DALAM BUMBUNG KAABAH.


SOLAT ATAS BUMBUNG KAABAH sewaktu membuat kerja-kerja mengganti Kiswa.


Pemilik laman web (Owner of the website)"ISLAM GREAT RELIGION" telah membenarkan gambar-gambar ini dikongsi bersama dan untuk maklumat lengkap sila layari ke web dibawah ini. Taken From : - http://islamgreatreligion.wordpress.com/

KERJA MEMASANG KAIN KAABAH

1. Menggantikan kain penutup baru Kaabah atau kiswa pada setiap tahun menjadi satu tradisi bagi penduduk Mekah sejak sekian lama.

2. Namun kerja-kerja membuat kiswa atau sinonimnya kita sebut `kelambu Kaabah' terutama yang melibatkan tulisan khat dan ukiran pada langsir pintu Kaabah (sitaar) dan tali pinggang (hizam) bagi rumah suci itu bukanlah satu kerja yang mudah.

3. Ia memerlukan kemahiran, ketelitian dan kesabaran kerana kerja menenun dan menyulam seni khat itu amat halus buatannya serta mengambil masa yang panjang untuk disiapkan.

4. Bagi menggantikan kain penutup baru Kaabah pada tahun depan, kerja-kerja menjahit dan menenun dengan tangan telahpun dimulakan sekarang walaupun musim haji tahun ini baru saja berakhir.

5. Kerja-kerja menenun dan menyulam itu dilakukan oleh lebih 100 orang pekerja lelaki termasuk pekerja cacat di kilang atau bengkel kiswa di Umm Al-Jood, kira-kira 25 kilometer dari bandar Mekah.

6. Langsir pintu Kaabah tingginya ialah 6.5 meter dan 3.5 meter lebar diperbuat daripada kain sutera hitam dan tulisan khat ayat-ayat suci padanya adalah daripada sulaman benang emas dan perak.

7. Sementara tali pinggang Kaabah pula berukuran 47 meter dan 95 sentimeter lebar disulami dengan benang perak.

8. Kilang kiswa pertama ditubuhkan semasa pemerintahan Raja Abdul Aziz pada 1346 Hijrah, kira 78 tahun lalu dan pengurus yang pertama ialah Sheikh Abdul Rahman Muzhar.

9. Bagaimanapun kilang itu diperbesarkan beberapa tahun lalu daripada tiga seksyen kepada enam seksyen.

10. Kiswa dibuat dalam lima peringkat iaitu, peringkat mewarnanya di mana kain sutera direndam dalam air panas selama 24 jam hingga ia bertukar warna putih bercahaya sebelum diwarnakan hitam atau warna-warna lain mengikut bahagian-bahagian tertentu.

11. Peringkat kedua adalah kerja menenun dan kebanyakan kerja-kerja itu dilakukan dengan tangan, tetapi bagi bahagian-bahagian yang besar dan tidak memerlukan kerja seni dibuat menggunakan mesin.

12. Bagaimanapun sulaman tangan digunakan untuk sentuhan terakhir dan ia hanya boleh dilaksanakan oleh mereka yang mahir.

13. Fasa seterusnya ialah mencetak semua rekabentuk dan kaligrafi yang akan diletakkan pada hizam untuk disulam dan proses menyulam itu merupakan tugas yang cukup teliti dan mengambil masa yang panjang.

14. Kelambu Kaabah biasanya digantikan pada setiap 9 Zulhijah atau pada hari wukuf, iaitu ketika semua jemaah berkumpul di Padang Arafah, iaitu kemuncak ibadah haji.

15. Semasa zaman Rasulullah S.A.W, kiswa diperbuat dari kain yang dibawa dari Yemen dan ditukar dua tahun sekali, iaitu sebelum Ramadan dan semasa Hari Raya Aidiladha.

16. Selepas itu, kain penutup Kaabah dibuat di Mesir kerana kepandaian penduduknya dalam kerja-kerja menenun kain.

GAMBAR KERJA-KERJA MENYIAPKAN KAIN PENUTUP KAABAH ATAU KISWA












Perkuburan Maala di Mekah


Perkuburan Lama Baqi di Madinah


Semua maklumat diperolehi dari Internet
untuk dikongsi bersama. Sekian. Ikhlas dari wahid....

Lihat dalam video pula...


MELIHAT KAABAH SECARA LEBIH DEKAT LAGI.
2
MARI MASUK KEDALAM KAABAH
3
4
YANG JELAS TERDAPAT TIGA TUNGGAK TIANG DIDALAM KAABAH
5
6
MELIHAT ARAH LUAR DARI DALAM KAABAH
7
8
9
STRUKTUR KAABAH
10
INILAH PEMANDANGAN DALAM KAABAH SEBENARNYA
11
HANYA KELUARGA DIRAJA DAN VVIP SAHAJA YANG DIBENARKAN MENJEJAK KAKI DIDALAM KAABAH INI.
12
PERHIASAN DINDING DALAM KAABAH
13
14

15

16
TETAMU MENGERJAKAN SOLAT
17
18
PERHIASAN LAMPU GANTUNG DALAM KAABAH
19
20
INI IALAH PINTU WARNA EMAS DALAM KAABAH
21
22

INILAH BILIK KECIL DALAM KAABAH YANG DITUTUP PINTU WARNA EMAS. APA ADA DALAM BILIK INI?


PINTU KELUAR KAABAH


SEKIAN. Dari Weblog IBNU HASYIM.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails