Monday, October 31, 2011

JAKIM Karnival BRST Berjaya? Tahniah!




HALAMAN HIBURAN

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menjadikan Karnival Buat Elok Saja Tau (BEST) sebagai aktiviti tahunan selepas mendapat reaksi positif daripada pengunjung sepanjang tiga hari karnival itu berlangsung.

Ketua Pengarah Sektor Pembangunan Insan Jakim, Razali Shahabudin berkata, penganjuran karnival tersebut berjaya mencapai objektifnya untuk mendidik masyarakat mengenai garis panduan berhibur mengikut syariat Islam.

Menurutnya, Jakim bernasib baik kerana mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat menjayakan karnival yang bermula pada Jumaat lalu dan berakhir semalam.

“Memandangkan penganjuran karnival ini julung-julung kali diadakan Jakim, tidak dinafikan wujud kekangan yang tidak dapat dielakkan tetapi kami bernasib baik kerana orang ramai tetap memberi sokongan dengan berpusu-pusu datang ke tapak karnival.

“Jika tiada halangan, kami akan menjalinkan kerjasama dengan jabatan agama di setiap negeri kerana kami akanmenjayakan karnival ini di seluruh negara dan tidak hanya tertumpu di sini sahaja,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau betul berjaya, Alhamdulillah, satu lag projeki hiburan cara bermoral berkumandang untuk para remaja.. (IH)

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

2 comments:

pejuang islam said...

salam ukhuwah...

sama2 la kita doakan agar program ini berjaya dan mencapai matlamatnya...jadi janganla menunding jari menyalahkan yg kerajaan ni xmendaulatkan program2 agama pulak..hanya kerajaan kelantan yang boleh paksa artis smua pakai tudung..kt jgn paksa fizikal tapi islam ini cantik sehingga dpt menyentuh dalamannya..

Ali Ahmad said...

Buktikan kerajaan kelanan paksa rakyat pakai tudung? Tetapi Islam yang wajib wanitanya tutup aurat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails