Monday, October 31, 2011

Dicekup Berjudi, Kenapa Rakyat Ghairah Berjudi?


Sebahagian kaki judi yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat beli-belah di Ampang Jaya, Selangor semalam.

AMPANG JAYA – Keghairahan 34 kaki judi mempertaruhkan wang simpanan untuk dihabiskan di sebuah premis judi yang berselindung di sebalik pusat hiburan terbantut apabila kesemuanya ditahan dalam serbuan di Taman Muda di sini semalam.

Serbuan Ops Dadu pukul 1 petang itu dilakukan selepas polis menerima maklumat mengenai kegiatan haram yang dijalankan di tingkat dua sebuah pusat beli-belah di taman tersebut.

Difahamkan, pemilik premis berjaya menarik minat orang ramai melaburkan wang mereka di situ apabila menyediakan khidmat judi secara talian dan mesin judi selama 16 jam bermula pukul 10 pagi. Premis itu juga pernah diserbu beberapa kali tetapi pemiliknya didapati masih berdegil.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, dalam serbuan itu, pihaknya merampas sebanyak 143 buah mesin judi dan 16 buah komputer yang disyaki digunakan untuk aktiviti perjudian. (IH)

Komen Welog Ibnu Hasyim: Kenapa rakyat suka berjudi? Antaranya kerana kerajaannya pun taukeh judi, hidup dengan hasil judi dan takut negara jadi miskin kerana haramkan judi. Begitulah kira-kira cara fikir kepala otak pemimpin negara ini..

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

2 comments:

Anonymous said...

salam ibnu hashim...

apa hukumnya fitnah n menudung orang xtentu pasal...ibarat seperti memakin daging saudara sendiri...menuduh pemimpin sedemikian rupa...judi n maksiat ni berlaku d mana sahaja...di negeri d bwah pimpinan PAS n PR juga...bukak mata bukak hati jgn mudah menunding jari ..

Ibnu Hasyim said...

T. asih komen anda. Kesian kamu, masih tak nampak Malaysia negara judi? Bacalah sejarah, berfikir bebaslah, jangan tertutup di bawah tempurung UMNO.Lihat fakta-fakta di depan mata kamu.

As-salmu 'alaikum.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails