Thursday, November 03, 2011

Ucapan PM Lindungi Lesbian Gay? -Majlis Peguam


Majlis Peguam Minta K’jaan Pinda Undang-Undang Yang Menekan Golongan LGBT

PETALING JAYA: Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee menegaskan, jika negara ini ingin dihormati sebagai sebuah negara demokrasi, ia mestilah terlebih dahulu menghentikan sebarang penindasan ke atas golongan minoriti seksual yang terdiri daripada lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Majlis Peguam juga mahu kerajaan bertindak segera memberi perlindungan kepada golongan ini dengan memperkenalkan satu undang-undang baru bagi mengantikan undang-undang yang menggenakan kawalan yang tidak sepatutnya ke atas hak individu golongan LGBT di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, Majlis Peguam, katanya lagi tidak akan berganjak daripada terus memberi sokongan ke atas program Seksualiti Merdeka yang telah pun bermula dari 1 November lalu sehingga 13 November ini.

Program Seksualiti Merdeka merupakan satu program untuk memberi sokongan moral kepada golongan LGBT.

Kata Lim, Majlis Peguam berasa bangga untuk menjadi sebahagian daripada penyokong dan pendokong program berkenaan walaupun ia mendapat tentangan ramai kerana berpendapat, golongan LGBT yang selama ini hidup tertindas sebenarnya memerlukan pembelaan dan sokongan moral.

Majlis Peguam, katanya sangat mengalu-alukan kenyataan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bahawa beliau adalah perdana menteri kepada sebuah negara yang progresif dan liberal sebagaimana yang tersiar di dalam akhbar the Sydney Morning Herald pada 27 Oktober lalu.

Dalam tulisannya itu, kata Lim, Najib telah menegaskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara pelbagai budaya dan pelbagai etnik dengan sejarah keharmonian sosial yang dapat dibanggakan dan mengalu-alukan orang luar.

Malangnya, kata Lim, di Malaysia, golongan LGBT ini untuk sekian lamanya dilayan sebagai “orang luar”, walaupun mereka adalah warga negara ini.

“Golongan LGBT di Malaysia telah berhadapan dengan keperitan hidup termasuklah ketiadaan jaminan keselamatan diri ekoran gangguan sivil dan juga pihak berkuasa Syariah malah mereka sentiasa hidup dalam ketakutan,” ujarnya pada Rabu. (mStar Online)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ucapan PM yang boleh ditakrif berbagai, suatu ucapan politik? Atau memang PM melidungi puak-puak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT)?

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

1 comment:

Anonymous said...

Memang beginilah pemikiran puak-puak PAS suka menuduh yang bukan-bukan, sudah terang lagi bersuluh kerajaan mengharamkan perbuatan perhimpunan Seksualiti Merdeka 2011 itu, macam mana pula PM boleh sokong, ini semua mainan politik PAS saja untuk memburukkan UMNO kerana mahu melindungi imej PAS sebagai 'anjing suruhan' kepada DAP dalam Pakatan Rakyat. Sebenarnya Ambiga itu sekutu PAS, maka Seksualiti Merdeka pun sekutu PAS juga, sebab itulah mereka tak buat demontrasi sebab itu semua sekutu PAS, kalau sudah dasar asobiyah, maka PAS tidak akan menentang puak mereka sendiri, asobiyahlah katakan. PAS juga boleh jadi Parti Asobiyah Se-Malaysia, sekutu dibela walaupun buat maksiat, orang lain dihina dan dituduh bukan-bukan walaupun tak ada bukti, inilah ajaran Parti Asobiyah Se-Malaysia @ Parti Anjing Suruhan (kepada DAP) @ PAS.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails