Wednesday, November 02, 2011

Seksualiti Merdeka: PAS Lwn Ambiga/Bar Council?

HALAMAN HIBURAN

Khalid Samad
KL 2 Nov 11: PAS tidak mahu penglibatan Pengerusi Gabungan PilihanRaya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga pada Program Seksualiti Merdeka 2011 dikaitkan dengan parti itu kerana penganjurannya jelas bertentangan dengan Islam.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, walaupun pembangkang dilihat sentiasa bekerjasama rapat dengan Ambiga dalam pembagai isu, namun kali ini mereka menegaskan tidak akan menyokong pendirian bekas Presiden Majlis Peguam tersebut.

"Itu adalah pendirian beliau, ia tak ada kena mengena dengan PAS, PKR atau DAP. Ia pendirian beliau sendiri.

"Bagi kami ia jelas bercanggah dengan ajaran Islam. Kami tak akan bersama atau sokong Ambiga," katanya kepada mStar Online di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penganjuran Program Seksualiti Merdeka anjuran beberapa gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut mendapat sokongan Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Program berkenaan yang bermula hari ini sehingga 13 November depan dianjurkan bagi memperjuangkan kesaksamaan jantina termasuk untuk golongan homoseksual dan lesbian.

Difahamkan Ambiga akan merasmikan program yang berlangsung di Galeri Annex, Kuala Lumpur pada 9 November depan.

Sementara itu diminta mengulas sama ada PAS akan menganjurkan bantahan mengenai penganjurannya, Khalid berkata, parti itu memilih untuk tidak menggunakan kekerasan dalam mendidik golongan tersebut.

"Nak didik bukan dengan cara halang atau demonstrasi tapi beri penjelasan.

"Kita akan cuba mempengaruhi masyarakat supaya tidak memberi sambutan kepada program seperti itu...kita tak boleh atasi dengan kekerasan atau paksaan," katanya. (Diangkat dari mStar Online)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nampaknya, Bar Council Malaysia dan beberapa NGO memberi sokongan secara terbuka dalam kempen "SEKSUALITI MERDEKA". Bagi orang Islam, Agama Islam secara terang-terangan mengharamkan homoseksual, baik yang bergelar gay mahupun lesbian di mana pengamal homoseksual ini dilaknat sekeras-kerasnya oleh agama Islam.

Namun, begitu hak rakyat Malaysia untuk mengamalkan agama masing-masing sepertimana yang dijamin oleh Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan tidak jadi penghalang. Sebaliknya, patut disedari, agama-agama lain juga tidak menyokong kepada sesuatu perkara yang boleh mengharu-birukan institusi kekeluargaan dan menambahkan barah kepada moral masyarakat.

Malah, terdapat pendapat di dalam agama Kristian sendiri yang mengatakan perhubungan homoseksual adalah suatu dosa di mana ia dinyatakan di dalam ajaran-ajaran seperti Roman Catholic Church, Eastern Orthodox Churches, Methodist Churches dan lain-lain lagi.

Maka berkatalah seorang peguam (Lihat Harakahdaily.net hari ini),

"Saya sebagai salah seorang Peguam yang berdaftar dengan Bar Council Malaysia melihat tindakan Bar Council Malaysia sebegini mencerminkan sikap tidak profesional Bar Council Malaysia yang membelakangkan kehendak ribuan ahlinya yang beragama Islam.

"Seharusnya Bar Council Malaysia sedar bahawa setiap tindakannya yang menyokong kempen sebegini sedikit sebanyak memberikan tempias kepada para Peguam yang berada di bawah naungannya.

"Tatkala keluar berita sebegini, rata-rata masyarakat akan menunding jari kepada kami sebagai Peguam Muslim umpamanya kami menyokong kempen sebegini dan kami tidak sensitif dengan agama Islam.

"Tidakkah Bar Council Malaysia sedar bahawa kami malu berhadapan dengan masyarakat apabila kami turut dipersalahkan walaupun hakikatnya kami tidak bersetuju dengan tindakan Bar Council Malaysia menyokong kempen sebegini?

Kesimpulan, Bar Council Malaysia harus lebih peka dengan kehendak ahli-ahlinya dan bukannya “syok sendiri” demi kepentingan peribadi. Bar Council Malaysia harus lebih merakyat dengan peguam-peguam di bawahnya dan peka dengan kehendak para Peguam secara keseluruhannya, baik yang beragama Islam mahupun yang bukan beragama Islam. Begitu juga NGO yang terdapat ahlinya beagama Islam. (IH)

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

3 comments:

Anonymous said...

wah kalau dengan ambiga kena didik dengan cara baik pulak hahaha lawak la kau khalid gereja...ngan org lain punya la ko nak berdemo je nape xdidik elok2 gak...hipokrit...ke ko ade syer gak program nie??

Anonymous said...

dgn ambiga kena didik sebab memang tak pernah dididik dengan agama Islam...tapi dgn najib dan barisan kepimpimpinan UMNO kene demo dan kena lantang sebab dah tahu islam, faham islam tapi masih jahat menentang..

Anonymous said...

woi umno kan islam jgk..silap2 lagi bgs amalan dari ko n ahli pas.ko tu dah konfirm ke syurga?ko dah phm sngt ke islam tu?ckp mengalahkan alim ulamak tp menuduh org..konon msk pas konfirm syurgalah, semuanya btl?apa punya pemikiranlah ko ni,pelik aku.konon hebatlah msk pas, konon baik org2 dalam pas,ko ade jaminan ke?ckp pandai nanti Allah uji ko baru tau....ambiga setan ni nk didik ape, mmg dasar syaitan..yg ni wajib perangi sebab dah berkali2 wat hal yg mengguriskan umat Islam...ko nk salahkan umno lg ke?patut ko bersatu bukan sokong ambiga bodoh...nilah die contoh hidayah yg Allah bg, kalau hati ko terang xpyh ko bela2 si syaitan ni...JGN KUTUK SESAMA ISLAM BNYK SNGT,TAKUT KO LAGI TERUK DIDUGA ALLAH..INGAT TU!!!BERWASPADALAH..NAUZUBILLAH...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails