Friday, November 04, 2011

2.5J Jamaah Haji Tiba Di Mekah.. Selamat H/Raya Haji

PULUHAN ribu jemaah Islam bersolat di Masjidilharam di Mekah, Arab Saudi kelmarin.

MEKAH - Pihak berkuasa Arab Saudi menyatakan hampir 2.5 juta jemaah islam telah berhimpun di bandar ini sebelum ibadat haji yang berlangsung selama lima hari. Musim haji itu akan bermula pada Sabtu ini.

Pihak berkuasa telah menggerakkan kira-kira 100,000 anggota keselamatan dan pertahanan awam bagi memastikan kelancaran musim haji bagi mengelak insiden kematian.

"Kami akan menggerakkan semua cara untuk menghalang sebarang kerosakan ke atas jemaah atau terhadap mana-mana kumpulan jemaah," kata Menteri Dalam Negeri, Putera Nayef bin Abdul Aziz.

Beliau dilantik menjadi Putera Mahkota pada Selasa lalu. Putera Nayef membuat kenyataan itu semasa melakukan pemeriksaan ke atas persediaan musim haji kelmarin. - Agensi

Selamat Hari Raya Aidil Adha!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails