Thursday, November 03, 2011

K'tan: 606.6Ekar Rizab Orang Asli Pertama Di Msia.

Lojing 2 Nov 11: Kerajaan Negeri Kelantan muncul sebagai negeri pertama di negara ini yang merizabkan tanah sebagai rizab penempatan Orang Asli di Pos Jedip dengan keluasan 606.6 ekar, dekat sini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, keputusan itu dilakukan sebagai memenuhi tanggungjawab kebajikan kerajaan negeri terhadap golongan terbabit yang dirizabkan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara 1965. Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perletakan batu asas Pusat Pertanian Belia Orang Asli dan Majlis Pengisytiharan Pos Jedip sebagai rizab penempatan Orang Asli, semalam.

Menurut Ahmad lagi, pemilihan kawasan ini kerana kedudukannya yang begitu strategi yang terletak hanya 30 kilometer sahaja dari Bandar Gua Musang dengan Kuala Betis.

“Perizaban ini dibuat secara terancang bagi mengawal dan memelihara perkampungan Orang Asli yang berada di kawasan tanah tinggi dengan mempraktikkan kaedah-kaedah perancangan dan pembangunan.

Sehubungan itu, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, telah membaca watikah peristiharan dan menyerahkan watikah tersebut kepada timbalan pengarah Jabatan Orang Kemajuan Orang Asli Kelantan dan Terengganu, Abdul Razak Arshad.

Sementara itu dalam ucapaan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat, Dr Nazmi Ghazali Azmi berkata, tanah seluas 157 ekar akan dibangunakan sebagai pusat latihan pertanian masyarakat Orang Asli.

Sempena program ini juga Tuan Guru turut meletakkan batu asas di atas tapak projek pembinaan Pusat Latihan Belia Orang Asli. Selain itu, Tuan Guru turut menyampaikan cek Tabung Tindakan Kebajikan Peserta Ladang Rakyat Orang Asli Dun Galas dan Dun Nenggiri, penyampaian cek manfaat Takaful Hayat Berkelompok peserta Ladang Rakyat Orang Asli.

Pembahagian dividen saham peserta program Ladang Rakyat turut juga disampaikan di dalam program berkenaan. (IH)

Lihat sebelum ini....

E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..
E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails