Saturday, November 05, 2011

Nikita Mirzani Akui Biseksual. Biadap! Cabar U/Islam

HALAMAN HIBURAN

JAKARTA: Ketika diwawancara Detikhot selepas menjalani sesi fotografi di Bali, baru-baru ini, aktres seksi, Nikita Mirzani membuat satu pengakuan mengejutkan.

Bintang filem ‘Perempuan Perempuan Liar’ itu mengakui dirinya seorang biseksual.

“Saya mungkin boleh dikatakan seorang yang biseksual. Saya serius dengan pengakuan ini. Selain dengan lelaki, saya juga suka dengan kaum sejenis,” katanya.

Menurutnya, semua itu bermula saat dia mengalami trauma apabila rumah tangganya musnah hingga bercerai dengan suaminya. Nikita memberitahu, sepanjang perkahwinan dia berasakan suaminya individu yang terlalu panas baran dan mengongkong. Berikutan tidak tahan dengan sikap suaminya itu, perkahwinan pasangan itu hancur.

“Ketika berkahwin dulu, saya mendapat suami yang panas baran dan terlalu mengongkong. Saya tidak tahan lalu kami bercerai,” kata janda anak satu itu.

Selepas bercerai, Nikita mengaku sering meluahkan kesedihannya kepada seorang rakan wanita. Ekoran hubungan mereka yang amat rapat, maka timbul perasaan suka kepada rakannya itu kerana dia berasa tenang ketika bersama rakan berkenaan.

“Disebabkan kerap meluahkan kesedihan dan berkongsi masalah dengan rakan wanita itu, saya rasa tenang. Mungkin kerana kami sama-sama wanita, dia lebih menghargai dan dapat menjaga perasaan saya. Jadi, timbul perasaan suka terhadap rakan itu,” katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Suatu kenyataan biadap di dalam negara umat Islam terbesar di dunia. Seolah-olah mencabar peraturan Islam. Kenyataan itu bukan lambang ke'bebas'an demokrasi, tetapi lambang ke'terbabas'an dari fitrah manusia. Turun dari taraf manusia kepada binatang. Sepatutnya diwujudkan peraturan melarang cakap-cakap bagitu oleh umat Islam di negaranya. Termasuk di Malaysia seperti dalam kemelut 'Seksualiti Merdeka'. (IH)

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails