Saturday, November 05, 2011

Sembelih Tanpa Permit, Denda & Rampas Daging -JPV

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V sembelih lembu korban bersama rakyat..
KL, 5 Nov 11: Orang ramai yang ingin menyembelih ternakan korban sempena Aidiladha esok diminta mendapatkan permit daripada pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) berdekatan dengan tempat masing-masing.

Ketua Pengarahnya Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin berkata ini kerana di bawah Akta Binatang 1953, semua penyembelihan di luar rumah sembelihan berdaftar perlu mendapatkan permit sembelih daripada pihak jabatan.

“Penyembelihan tanpa permit atau kebenaran bertulis JPV adalah menyalahi undang-undang dan sabit kesalahan boleh dikenakan denda manakala daging sembelihan boleh dirampas,” katanya dipetik Bernama Online.

Aziz berkata pegawai veterinar akan menjalankan pemeriksaan mengejut di semua masjid dan surau serta tempat penyembelihan luar di seluruh negara pada Hari Raya Aidiladha.

“Pemeriksaan ini meliputi permit kebenaran, kebajikan ternakan, penyakit dan keselamatan daging korban yang akan diedarkan,” katanya.

Aziz berkata permohonan permit bagi Kuala Lumpur dan Putrajaya boleh dibuat di pejabat JPV Kuala Lumpur di KM 4, Jalan Selar 4, Off Jalan Cheras di mana kaunter akan dibuka hari ini mulai pukul 8 pagi sehingga 2.30 petang.

Beliau berkata pemohon perlu membawa bersama sijil kesihatan veterinar, yang boleh diperoleh daripada pembekal ternakan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Seks bebas boleh, sembeleh qurban bebas tak boleh!

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails