Sunday, October 30, 2011

Hudud: Dr M Disanggah, PAS Akan Laksanakan..

Hudud: PAS akan terus laksanakan
KL 29 Okt 11: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyelar Tun Dr Mahathir Mohamad sambil menegaskan bekas perdana menteri itu tidak memahami hukum hudud secara mendalam menyebabkan beliau berpandangan sistem perundangan itu akan menyebabkan ketidakadilan.

Kelmarin, Dr Mahathir mempertikaikan hasrat PAS mahu melaksanakan hukum hudud kerana menurutnya, perundangan Islam itu akan membawa kepada sistem keadilan yang berat sebelah kepada masyarakat Muslim dan bukan Muslim di negara ini.

Hadi yang ditemui selepas merasmikan Konvensyen Tanah dan Perumahan Kuala Lumpur 2011 di sini hari ini berkata, kenyataan itu membuktikan Dr Mahathir yang juga bekas presiden Umno tidak mengkaji secara terperinci undang-undang hudud.

“Dia (Tun) ini tidak baca habis undang-undang hudud, hudud bukan setakat potong tangan, orang kudung tangan, undang-undang ini lebih kepada memberi peringatan kepada masyarakat untuk tidak melakukan jenayah.

“Soal tidal adil ini, memang sudah ada perbezaan antara Muslim dan bukan Muslim, undang-undang perkahwinan, perceraian, semua berbeza,” jelas Hadi lagi.

Tambah Hadi, pelaksanaan hudud bukanlah semata-mata berkenaan hukuman, sebaliknya ia lebih kepada mencari jalan penyelesaian untuk membebaskan pesalah daripada dijatuhkan hukuman sewenang-wenangnya.

“Hudud tidak menjatuhkan hukuman secara membuta tuli, ada beberapa faktor yang tidak akan dikenakan hukuman, mencuri ketika kelaparan, mencuri kerana kemiskinan, mencuri di kawasan lapang, ini semua tidak akan dikenakan hukuman.

“Sekiranya pesalah dibawa kepada hakim, mereka bukan mencari jalan untuk menjatuhkan hukuman, sebaliknya mencari jalan untuk mengelakkan pesalah daripada dihukum,” tegasnya.

Dalam reaksi terbarunya, Dr Mahathir berkata langkah PAS untuk melaksanakan hudud akan mewujudkan sistem perundangan yang tidak adil kerana hudud khusus untuk masyarakat Muslim dan tidak meliputi masyarakat bukan Muslim. Keadaan itu menurutnya, akan mewujudkan sistem perundangan yang tidak adil kepada golongan Muslim dan bukan Muslim.

Awal minggu ini, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, pihaknya sudah pun menghantar surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung cadangan mengadakan pertemuan dengan kerajaan persekutuan. Mohd Amar berkata pertemuan rasmi dengan Najib belum ada lagi dan ia akan dilakukan apabila semuanya sudah sedia.

Bulan lalu, Dr Mahathir berkata Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh mengadakan pertemuan dengan Najib jika masih berhasrat meneruskan usaha melaksanakan hukum hudud. Dalam satu surat kepada Nik Aziz pada 1994, Dr Mahathir menolak rancangan Kelantan atas alasan ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Kelantan terus mendakwa hukum hudud gagal dilaksanakan ekoran pendirian dan sekatan kerajaan pusat. Polemik bermusim ini muncul semula akhir bulan lalu dengan wujud pelbagai pandangan iaitu Kelantan boleh melaksanakannya dan pada masa yang sama ia juga bercanggah dengan undang-undang pusat.

Sementara itu, kata Niz Aziz, MB Kelantan sebagaiaman dipetik oleh akhbar The Star: “Era bercakap-cakap berkenaan Hudud sudah berlalu. Sekarang adalah masanya untuk bertindak, tiada lagi cakap-cakap kosong”.

Beliau berkata demikian apabila menjelaskan kepada pihak media bahawa dengan perlantikan JK Teknikal berkenaan Hudud yang dilantik oleh kerajaan negeri, beliau tidak lagi mahu mengulas atau memperkatakan apa-apa berhubung perlaksanaan Hudud di Kelantan, sebalinya menyerahkan kepada EXCO Agama Ustaz Dato Mohd Amar Nik Abdullah (yang merupakan salah seorangdari anggota JK yang diketuai Timbalan Menteri Besar) untuk mengeluarkan sebarang kenyataan.

Adalah dijangkakan JK ini akan bersidang dan kemudiannya mengemukakan syor dan cadangan kepada kerajaan negeri bagi melaksanakan hukum berkenaan di negeri Kelantan, salah nsebuah negeri pertama di Malaysia yang akan mendaulatkan hukum Allah itu. (IH)

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails